[Video Zahid, Mat Hasan dari Masjid Negara berarak ke Dataran Merdeka] Ada pakatan sulit antara PAS - Umno dengan Singapura? infomalay12.blogspot.com

Sabtu, 8 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.

Ada pakatan sulit antara PAS - Umno dengan Singapura?

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Raja Bahrin Shah mempersoalkan sama ada wujud hubungan antara kerajaan Singapura dan pembangkang di Malaysia dalam menyerang kerajaan.
Raja Bahrin Shah membangkitkan masa yang dipilih republik itu untuk mengkritik kerajaan yang sedang diasak Umno dan PAS.
"Seorang bekas pegawai diplomatik Singapura mendakwa Malaysia kini dalam keadaan tidak stabil. Kalau benar tuduhannya, adakah patut sikap jiran untuk menekan dan bertelagah pada saat jirannya menghadapi sesuatu cabaran?
"Adakah ia secara kebetulan Umno dan PAS berganding bahu menekan kerajaan dari dalam, sementara Singapura mengasak Malaysia dari luar?
"Atau adakah ini satu 'pakatan sulit' untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia? Masing-masing ada kepentingan mereka sendiri. Teori Konspirasi?" soalnya yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dalam kenyataan, hari ini.
Beliau merujuk tindakan kerajaan Singapura dalam beberapa isu antaranya sempadan perairan di Tuas dan sistem pendaratan pesawat baru di lapangan terbang Seletar di negara itu.
Semalam, Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen mendakwa kapal-kapal Malaysia menceroboh perairan negara itu dan memberi amaran agar ia dihentikan.
Beberapa jam kemudian, Kementerian Luar Malaysia mencadangkan agar kedua-dua negara berhenti menghantar kapal pertahanan di kawasan yang dipertikaikan, tetapi tidak dipersetujui kerajaan Singapura.
"Singapura mungkin mahu menguji resolusi dan ketegasan kita di saat pembangkang - Umno dan PAS - memainkan isu perkauman dan agama yang sensitif.
"Malaysia Baru adalah negara merdeka yang bermaruah dan berpegang kepada prinsip kedaulatan negara mempertahankan hak ruang perairan dan udaranya dari tuntutan dan pencerobohan Singapura," katanya.
'Merentasi tambak Johor'
Mengulas lanjut, beliau berkata Singapura tidak boleh lagi menganggap Malaysia mudah dibuli seperti ketika pentadbiran BN yang lalu.
"Di zaman Najib, sikap beliau yang muda tunduk dan pentingkan kehendak peribadi daripada keutamaan negara menyebabkan Malaysia dianggap mudah ditekan dan dimanipulasi Singapura.
"Singapura lebih gemar melihat Umno dan Najib kembali berkuasa kerana lebih sesuai kepentingan mereka," katanya lagi.
Selain itu, beliau mendakwa Singapura juga takut jika perubahan yang berlaku di Malaysia pada PRU ke-14 turut mempengaruhi rakyat negara itu.
Mk.

Subscribe to receive free email updates: