DI MANA ZAHID DAN NAJIB, PUNCA TRAGEDI...
Posted by Kluangman
Speaker arah Sivaraajh keluar Dewan Rakyat
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof hari ini mengarahkan C Sivaraajh (BN-Cameron Highlands) meninggalkan persidangan hari ini.
“Jadi untuk sementara waktu sila tinggalkan majlis, dapatkan pendapat peguam, berikan kepada pejabat speaker.
“Ini perkara penting sebab saya tidak mahu perkara ini dijadikan sebagai suatu precedentuntuk masa akan datang,” kata Ariff.
Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.
Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada Sivaraajh yang juga adalah naib presiden MIC.
Mk.