[Video Suhakam kecewa, tangguh sambutan Hari Hak Asasi Manusia] Relax aje PPBM bukak khemah pendaftaran ahli! Sebelah khemah jual baju ICERD lak tu! PM nasihat tunda majlis, maklum Suhakam. infomalay12.blogspot.com

Sabtu, 8 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Ini baru betul. Relax aje PPBM bukak khemah pendaftaran ahli. Sebelah khemah jual baju ICERD lak tu. Bengkek aje walaun sebelah nak jual baju tu tengok. Himpunan kesyukuran kepada keputusan kerajaan sebegini jarang2 dilakukan oleh pembangkang. Kikiki
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

PM nasihat tunda majlis, maklum Suhakam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Suhakam supaya menangguhkan majlis sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa esok selepas pihak polis menyebut kemungkinan risiko keselamatan, menurut pengerusi suruhanjaya itu, Razali Ismail.
"Perdana menteri memutuskan untuk tidak hadir dan menasihatkan kami supaya menangguhkannya. Surat daripada PMO (Pejabat Perdana Menteri) dalam perjalanan," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur petang tadi.
Mengulas lanjut soalan mengenai hal ini, Razali berkata PMO mahu menunda majlis berkenaan berdasarkan kebimbangan yang dibangkitkan pihak polis,
Mahathir sepatutnya menjadi tetamu utama pada majlis anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Padang Timur, Petaling Jaya.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan polis menasihatkan Suhakam untuk menangguhkan majlis tersebut kerana risiko keselamatan.
Suhakam telah menangguhkan majlis itu pada Ahad ini dan surat jemputan telah dihantar kepada Mahathir, Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar dan ahli-ahli parlimen.
Speaker Dewan Rakyat ganti PM
Bagaimanapun, Razali berkata Mahathir mungkin tidak dapat datang kerana makluman dibuat dalam jangka masa pendek.
Suhakam telah mendapatkan Yang DiPertua Dewan Rakyat Mohamad Arif Md Yusof bagi menyampaikan ucap tama pada majlis itu yang akan berlangsung di Padang Timur, dari 8 pagi hingga 3 petang.
Pengerusi Suhakam yang kecewa dengan penangguhan tersebut berkata majlis anjuran suruhanjaya itu bukan ancaman keselamatan.
"Kami bukan risiko keselamatan, jika terdapat risiko keselamatan terserah kepada polis untuk menanganinya, Malaysia Baru bermaksud terdapat cara lain bagi mengendalikan sesuatu perkara.
"Jika kamu bercakap mengenai amalan demokrasi, ia perlu datang dengan keupayaan untuk memastikan demokrasi (dapat diamalkan) dan tidak berkompromi seperti ini.
"Ini bukan soal tidak patuh kepada pihak polis atau kerajaan. Tetapi kami merasakan bahawa kerajaan ditadbir berdasarkan pertimbangan keselamatan," jelasnya lagi.
Mk.

Subscribe to receive free email updates: