[Video Skim baru bayaran balik PTPTN ditangguhkan] SUKACITA nya melihat Umno jadi PEMBANGKANG! Apa2pun MB Johor, Perak perlu diberi perhatian. infomalay12.blogspot.com

Jumaat, 7 Disember 2018

Foto Azizul Karim Abd Aziz.
Foto Otai BERSIH.
PERHIMPUNAN ICERD GIMIK POLITIK "NAKAL" OLEH PEMBANGANG...!

JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN ICERD ANDA HANYA MENGERUHKAN LAGI KEADAAN - JANGAN BERTINDAK SEWENANG-WENANGNYA NEGARA MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG & PERATURAN...

SUKACITA MELIHAT UMNO JADI PEMBANGKANG

Melihat umno jadi pembangkang hari ini sangat melegakan. Ahli Parlimen mereka lebih waras, celik biji mata sahaja laungan perjuangan demi bangsa dan ugama mula bergema.

Berbeza dengan dulu, pemimpin umno dari peringkat cawangan hinggalah ke Presiden lebih seronok dan sebok hal projek dan cilok?
Ada yang mahu menafikan?

Apa yang mereka tuduh kepada pembangkang semasa berkuasa dulu, kini dijilat.
Bermaksud tidak semua apa yang dulunya pembangkang bawa adalah salah dan hari ini apabila umno jadi pembangkang, ia juga relevan.

Dan apa yang dulunya pembangkang bawa, dakwa dan persoalkan kini satu persatu dibuka semula untuk dikenalpasti kebenaran !!!!!

Pembangkang yang kini menjadi kerajaan akan lebih telus dan terbuka dan sangat cepat untuk rakyat kesan salahguna. salahurus atau penyelewengan.

Kini giliran umno, semua isu akan di politik kan?

Sedikit beza, Speaker di Parlimen bersama Timbalan²nya sangat terbuka dalam berbahas, itu barulah pendekar namanya.

Setakat ini pun, tanpa umno, Melayu masih hidup dan lebih bermaruah. Pemimpin² Melayu di kerajaan PH bukan sahaja bersih tetapi juga nampak bersih, akhlak dan amanah.

Jika ada pun, soal kelemahan dan kekurangan pada Menteri² Melayu, itu lebih kepada pendekatan yang berbeza dan kurang pengalaman.

Apapun MB Johor, Perak perlu diberi perhatian selalu terutama MB Johor, apa lencana apa baju yang dipakainya?
Apakah masih berbaju rakyat atau baju tauke baru?
Apakah Ketua Pembangkang di Johor juga turut hilang suara?
Posted by 

Subscribe to receive free email updates: