Dah terlajak laju, mulut lebih laju dari otak, tak boleh nak brek dah. Rupanya himpunan nak buat duit...
Tumpang sekole.
SELEPAS TABUNG HAJI, KINI SATU LAGI PENDEDAHAN RAFIZI DIBAWA KE MUKA PENGADILAN
Minggu lepas, FGV memulakan tindakan undang-undang untuk mendapatkan kembali jumlah yang diselewengkan bekas CEO (Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah) dan bekas pengerusinya (Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad).
Ini bersabit pembelian kondominium mewah di Tropika, Jalan Ampang.
Saya telah mendedahkan perkara ini, lengkap dengan salinan perjanjian jual beli, sejak 18 Mei 2016 lagi (lebih dua tahun lalu). Maklumat lengkap ada disiarkan di laman blog saya:
Semasa saya mengupas dan menyiasat penyelewengan seperti ini, banyak sahabat-sahabat dari sebelah PAS dan UMNO yang tidak berminat pun.
Kalau yang PAS, mereka mengambil sikap “bersangka baik” yang keterlaluan atas alasan mengamalkan “politik matang sejahtera” (PMS) sehingga tidak percaya dengan pendedahan-pendedahan sebegini.
Alasannya, politik saya dan PKR terlalu menyerang sehingga menghuru-harakan.
Kalau yang UMNO, mereka menyifatkan semua ini fitnah. Mereka tutup mata dan akal walaupun fakta-faktanya jelas terpampang.
Akibatnya, penyelewengan wang rakyat dibiarkan berterusan demi kelangsungan politik. UMNO untuk kekal berkuasa, PAS pula yakin berkawan dengan UMNO akan memberinya kuasa.
Alhamdulillah, kini setiap satu pembongkaran saya itu mula dibawa ke muka pengadilan.
Kita boleh berbeza pandangan politik dan bermain politik itu dibenarkan. Mengkritik dan menyerang lawan sehingga memaki hamun (seperti yang dibuat penyokong PAS dan UMNO kini) adalah pilihan masing-masing.
Tetapi bagi yang memikul tanggungjawab dan amanah awam seperti wakil rakyat dan pimpinan UMNO dan PAS, memilih untuk mendiamkan diri, atau memutar belitkan, atau mengalihkan perhatian rakyat dengan membawa isu-isu lain dengan tujuan menenggelamkan perkara penyelewengan seperti ini – sudah tentu ia boleh dikira melanggar amanah.
PAS dan UMNO boleh melaungkan perpaduan Melayu dan kepentingan Melayu.
Di mana mereka semasa saya bertungkus lumus cuba membela kepentingan orang kebanyakan Melayu apabila harta institusi Melayu seperti Felda dan FGV diselewengkan dulu?
Diam dulu, kini dan selamanya bab-bab rasuah dan penyelewengan.
Matang dan sejahtera selamanya dengan tidak mempedulikan isu rasuah.
Rafizi Ramli
4 Disember 2018.