[Video Lebih RM22 juta dana TH 'DITARAH' utk tujuan politik era UmnoBN] Uiiii, semua nya title 'HAJI dan HAJJAH' Oooo..Orang2 'SUCI' Oooo..Tak da dosa Oooo! Isu Tabung Haji: Mana suara Asyraf Wajdi (Ketua Pemuda Umno)? infomalay12.blogspot.com

Ahad, 2 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Salleh Hussain Uiiii.......semua nya title "Haji " dan "Hajjah " oooo...... Orang orang "SUCI " oooo.....tak da dosa oooo.

Isu Tabung Haji: Mana suara Asyraf Wajdi?

Armada Bersatu mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai Tabung Haji yang berintegriti dan membuat laporan polis mengenai dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam institusi tersebut.
Laporan polis oleh Tabung Haji terhadap bekas pengurusan tertinggi lembaga tersebut termasuk Anggota Parlimen Baling, YB Azeez Rahim, amat memeranjatkan. 
Dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam Tabung Haji tidak boleh dimaafkan.
Tabung Haji adalah badan yang diamanahkan untuk menjaga dan memastikan rakyat Malaysia yang mencarum mendapat peluang untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima. 
Terdapat kira-kira 9.3 Juta pencarum Tabung Haji yang rata-ratanya adalah orang Islam bergantung harap kepada Tabung Haji bagi menyempurnakan ibadah haji mereka.
Malangnya, lebih RM22 juta wang Yayasan Tabung Haji telah digunakan untuk program tujuan politik. 
Maklumat sebenar mengenai penjualan 95 peratus pegangan dalam syarikat PT TH Indo Plantations pula telah disembunyikan. Ini adalah penyelewengan dan penipuan yang terang-terangan mencuri duit rakyat dan saya pasti ini baru yang dipermukaan sahaja, masih banyak kebobrokan yang berlaku jika didalami.
Justeru, Armada Bersatu menggesa pihak berkaitan untuk siasat dengan menyeluruh segala penyelewengan yang berlaku dalam kes ini dan kembalikan hak dan wang rakyat yang telah disalah gunakan.
Asyraf bertanggungjawab
Mana pergi Pemuda Umno dan Dr Asyraf wajdi sewaktu penyelewengan ini berlaku? 
Kenapa terus diam dan tidak bersuara menegakkan keadilan demi agama dan bangsa? Dr Asyraf sebelum ini adalah timbalan menteri agama, beliau bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak agama Islam seperti ini terjaga, mengapa biarkan dan berdiam diri melihat kemungkaran di depan mata? 
Kemungkaran yang berlaku di bawah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada beliau.
Usah hipokrit dan memilih isu, nyatakan sama ada Pemuda Umno bersetuju atau tidak dengan salah guna dana yang berlaku di dalam Tabung Haji. 
Mengapa biarkan nasib pencarum Tabung Haji yang rata-ratanya orang Islam dan melayu diperkotak-katikkan oleh permainan rakus ahli politik Umno?
Kezaliman dan korupsi tiada tempat di era Malaysia Baru ini.

ULYA AQAMAH HUSAMUDIN ialah Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia.
Tulisan ini pendapat peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: