[Video Kisah Maszlee si penjual muruku & Waythamoorthy, Maszlee sudah dikuliahkan ke?] Lebai oh lebai! Ingat kan DAP yang samun duit TH ni? Maklumlah tiap2 hari berzikir DAP ni jahat & Tabung Haji buat laporan polis terhadap Azeez, bekas CEO. infomalay12.blogspot.com

Sabtu, 1 Disember 2018

Foto Otai BERSIH.
Ni larr muka2 Lebai yg puas hati dgn TH dulu.
Agaknya Puas Hati dpt bahagian atau pun Puas Hati ditipu oleh Azeez..?
Korang rasa mana satu yg Lebai Puas Hati?
Otai BERSIH
Ingat kan DAP yang samun duit TH ni...maklumlah tiap2 hari berzikir DAP ni jahat...
Rupanya bangsa sendiri yang jadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut dan sebagainya...Takdir!!!
Ni la orang yang nak terpekik terlolong isu ICERD tu.. Duit TH pun sakau..lagi nak pertahan Melayu Umno.?? Ini namanya Shaitooonnirrajimmm..
Duit hilang satu hal yg paling pelik Walaun2 Pas ni masih percayakan parti keramat ni adalah satu2 parti yg membela rakyat kesudahan DAP yg dipersalahkan..wtf.

Tabung Haji buat laporan polis terhadap Azeez, bekas CEO

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi agensi itu yang juga Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.
Laporan juga dibuat terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Ismee Ismail dan Johan Abdullah.
Turut dinamakan ialah barisan pengurusan kanan iaitu Ketua Pegawai Operasi, Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Kewangan Rozaida Omar, penasihat undang-undang Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah, Rifina Md Ariff.
Menurut kenyataan hari ini, TH berkata laporan pertama dibuat berhubung Program Yayasan Tabung Haji 2017 melibatkan dana lebih RM22 juta.
YTH ditubuhkan pada tahun 2016 yang antara lain untuk melaksanakan bantuan kemanusiaan dan menghulurkan sumbangan kepada golongan miskin serta mereka yang memerlukan.
"Para pemegang amanah YTH ketika itu ialah Abdul Azeez, Ismee, Johan, Ali dan Rozaida," kata lembaga itu.
Laporan polis kedua dibuat terhadap Ismee, Hazlina dan Rifina berhubung tindakan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikat TH - TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd.
"Laporan yang dibuat hari ini adalah siasatan dalaman pertama pengurusan baru yang dilantik sejak Julai 2018 terhadap transaksi masa lalu," kata lembaga itu.
Ini adalah minggu kedua berturut-turut di mana Ismee - sekutu bekas perdana menteri Najib Razak - mendapat liputan negatif media.
Minggu lalu, Ismee bersama beberapa yang lain disaman oleh Felda Global Ventures Bhd bagi mendapatkan semula RM514 juta berhubung pemerolehan Asia Plantation Ltd. (APL) pada tahun 2014.
Mk.

Subscribe to receive free email updates: