[Video Cuti sempena himpunan Icerd tak wajar - Anwar] ICERD TELAH DIBATALKAN OLEH KERAJAAN! Kenapa perlu perhimpunan? infomalay12.blogspot.com

Khamis, 6 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
ICERD TELAH DIBATALKAN OLEH KERAJAAN. KENAPA PERLU PERHIMPUNAN? 
Satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli-ahli PAS dan UMNO serta NGO akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini bagi membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). 

Perhimpunan itu bertujuan menyatakan bantahan orang Melayu dan Islam terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu meratifikasi atau mengesahkan ICERD.
Walaubagaimanapun kerajaan pada hari ini telah membuat kata putus untuk tidak meratifikasikan ICERD sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini. 

Dalam hal ini, semestinya sudah tidak relevan untuk pihak penganjur meneruskan perhimpunan ini lagi kerana ICERD telah pun dibatalkan. 

Jikalau perhimpunan itu tetap diteruskan ianya akan dilihat seolah-olah sengaja dibuat oleh pihak yang berkepentingan untuk mensensasikan isu ini bagi mendapat perhatian rakyat sahaja walaupun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah mengambil keputusan untuk menolak ICERD. 

Selain itu, perhimpunan seperti ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan malah hanya memberi implikasi yang tidak baik kepada negara. Pihak penganjur juga seharusnya menjadikan sejarah Perhimpunan Bersih yang pernah berlaku sebelum ini sebagai pengajaran kerana perhimpunan sebenarnya mendatangkan keburukan dan mudarat kepada negara dari segi ketenteraman awam dan keselamatan negara. 

Mengapa perhimpunan ini perlu diteruskan? Persoalannya sekarang pendirian kerajaan terhadap ICERD telah diputuskan maka tidak ada keperluan untuk pihak penganjur meneruskan perhimpunan ini. Oleh itu, orang ramai perlu berfikir secara waras dan dinasihatkan supaya tidak terlibat ataupun menghadirkan diri pada perhimpunan tersebut. 

Justeru itu, rakyat Malaysia diseru agar tidak turun ke perhimpunan ICERD ini kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat dan negara. Bagi mencari jalan penyelesaian yang baik terhadap isu ICERD, diharapkan rakyat lebih bertenang dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak kerajaan bagi menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Foto Otai BERSIH.
Bukan setakat agama sahaja depa tunggang malah institusi keagamaan pun depa guna untuk keuntungan politik depa..!


Subscribe to receive free email updates: