Tinggi Permainan Dia..! infomalay12.blogspot.com


Makin nak pijak bumi ni..! Almaklum sepandai pandai tupai melompat la katakan..!
Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed berkata beliau tidak tahu-menahu mahupun terlibat dalam dakwaan pindaan laporan akhir audit 1MDB pada 2016.
Bagaimanapun beliau berkata "ketua audit negara" cuba memberi penerangan kepada SPRM mengenai suatu perkara yang tidak dilaporkan.
"Saya tidak terlibat langsung (dalam dakwaan pindaan). Kami cuba mendapatkan laporan audit asal.
"Tetapi saya ada bercakap dengan ketua audit negara dan mereka juga cuba menerangkan kepada kami tentang perkara yang tidak diterbitkan (dalam laporan akhir).
"Dan sebab itulah kami memulakan siasatan," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Sheikh Tamim Bib Hamad Al-Thani 2018 di Putrajaya hari ini.
Abu Kassim tidak mengulas lanjut tentang perkara itu dan meminta sidang media fokus kepada anugerah tersebut.
Ketua audit negara yang disebutnya kemungkinan besar Ambrin Buang.
Ini kerana ketua audit negara semasa Madinah Mohamad, yang menggantikan Ambrin, hanya memegang jawatan itu bermula Februari 2017 - enam bulan selepas Abu Kassim bersara daripada SPRM.
Tidak jelas apakah hal yang tidak dilaporkan serta cubaan memberi penjelasan yang disebutnya.
Sebelum ini, Madinah berkata laporan akhir audit 1MDB dipinda antara Februari dan Mac 2016.
Antara yang terpalit dengan dakwaan itu adalah bekas perdana menteri Najib razak dan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Peguam Negara Qatar Ali Fetais Al Marri dan anggota penasihat Rule of Law Anti-Corruption Centre Eduardo Vetere. 
Dulu masa berkuasa tegang ler..! masa berkuasa bukan main kembang..! sekarang ni makin kendur bro..! Dah kuncup..!
Tunggu ajer la..!
Lu Fikir La Sendiri..!

Subscribe to receive free email updates: