Apa ada hal..!
Sekadar perbezaan keputusan antara PTPTN dan Menteri..! Sedangkan janji nak hapus pun boleh ubah lagi kan pulak sekadar jadual bayaran..!
Bukan kitab suci pun..!
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam kenyataan terbaharunya memaklumkan mekanisme pembayaran baru Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditangguhkan.
Maszlee berkata, penangguhan berkenaan adalah bagi mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh.
Menurutnya, proses berkenaan adalah bagi mendengar pandangan dan saranan mereka.
Baru-baru ini PTPTN mengumumkan mekanisme baharu pembayaran balik pinjaman melalui skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dan mendapat banyak bantahan dari pembangkang serta kerajaan.
Sebab tu rakyat terbanyak pun dah mula beratib..
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama lama jadi MENTERI..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri..!