Apabila Rakyat sibuk bertanya di media-media sosial kenapakah harga minyak RON95 kekal RM2.20 sedangkan harga minyak dunia menurun, barulah hari ini Menteri Kewangan Hong Kong buat keputusan untuk apungkan harga minyak pada tahun depan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan BN terdahulu.
Persoalannya, apa yang terjadi dengan lebihan kutipan hasil minyak selama dua bulan lepas yang 'dicukaikan' ke atas Rakyat bila harga minyak dunia turun tapi harga di pam di Malaysia masih RM2.20? Menteri Kewangan jangan sekadar menafikan sahaja. Nobita perlu buktikan kerana kutipan haram ini berjumlah ratusan juta wang Rakyat.
Kesimpulannya, jika Rakyat tidak peka hal ini, percayalah Kerajaan dan Menteri Kewangan PH ini akan terus sahaja menipu Rakyat dan mengutip cukai ke atas Rakyat beratus juta secara senyap-senyap seperti berminggu-minggu sebelum ini.