Dah jadi kerajaan ni semua perkara kena ambil tahu Din..! Dulu boleh la sembang..!
Jangan sebok urus telor sendiri jer Din..!
Peniaga runcit di daerah ini mengeluh apabila gagal mendapatkan bekalan telur malah terpaksa menghadapi kenaikan harga telur gred A sebanyak RM3 bagi setiap 100 biji hari ini.
Seorang peniaga di Padang Tanjung, Mohd Fairuz Mohd Harun, 33, berkata, harga borong telur gred A seminggu lalu hanya RM42 bagi setiap 100 biji namun naik kepada RM45 bermula pada pagi ini.
Menurutnya, kenaikan itu pastinya akan membebankan pengguna pada musim tengkujuh kerana sumber protein utama lain seperti ikan misalnya sudah pasti harganya melonjak kerana faktor cuaca.
"Orang ramai mula mencari telur di kedai kedai runcit di dalam kampung kerana mereka mendakwa pasaraya tiada bekalan. Bahan mentah itu mendapat permintaan tinggi dan orang ramai mula merungut.
“Bekalan makin berkurangan, sebelum ini saya dapat jual 300 biji telur seminggu tetapi hanya peroleh dua papan telur (sepapan 30 biji) sahaja daripada pemborong di Sena Rendang hari ini,” katanya.
Seorang pengguna, Mohamad Jusoh, 48, pula berkata, harga telur ketika ini tidak menentu dan berbeza di kedai-kedai runcit manakala di pasaraya pula bekalan telur terhad malah mulai berkurang.
Dalam pada itu, pengguna lain khususnya peniaga kuih juga mendakwa terkesan dengan kenaikan harga telur kerana ia menyebabkan margin keuntungan diperoleh mereka menjadi semakin mengecil.
Sehubungan itu, pengguna menyarankan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan penguatkuasaan memantau perkara itu.
Ada jugak yang nak tiru rupanya..! katanya 'untung untung boleh jadi Menteri'.
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri..!