PTPTN: PH tidak cerdik, nak ajar yang liat, ZALIMI YANG TAAT infomalay12.blogspot.com


~ Jika pun mahu mengejar yang liat, tidak sepatutnya menzalimi yang taat. ~

Kecoh betul sejak semalam tentang pengumuman dari PTPTN bahawa bermula tahun depan potongan gaji akan dibuat berdasarkan jadual di bawah. 

Aku faham, kerajaan perlu kutip balik hutang yang dipinjam oleh peminjam. Namun cara paksaan begini tidak patut memandangkan tiada perjanjian hitam putih ini caranya kutipan hutang akan dibuat semasa hutang diberi dulu. 

Mengejar yang liat membayar itu bagus. Namun pemotongan secara paksa ini sangat tidak adil kepada mereka yang konsisten membayar setiap bulan. 

Yang dah menjadualkan Potongan Gaji Bulanan melalui pakej Ujrah yang diperkenalkan dahulu, golongan ini dah pun membayar secara konsisten. 

Aku tidak terlibat pun dengan PTPTN. Tidak pernah meminjam dari PTPTN walau seringgit. Namun keluhan dan rintihan kawan-kawan dan sanak saudara itu turut aku simpati sama. 

Jika benar mahu buat jadual, sepatutnya selaraskan peratusan potongan. Bukan makin meningkat dan mencekik seperti ini. 

Selaraskan semua pihak bayar 3% dari gaji. Yang gaji RM3000, bayarlah RM90. Yang gaji RM5000, bayarlah RM150. 

Umum tahu, kerja kerajaan kenaikan gaji tahunan tidaklah besar. Kerja hampir 10 tahun baru dapat merasa gaji RM4000-RM5000. 

Masa gaji begini ramai yang membeli rumah. Potongan pinjaman peribadi untuk baiki rumah mak ayah, bantu mak ayah pergi haji pergi umrah, bebanan segala bil utiliti, kenderaan dan sebagainya masih sarat dibahu. 

Malah, 10 tahun selepas kerja ni bilangan anak-anak mulai bertambah. Kalau pun gaji RM4000, anak pula 5 orang. Hidup pula dikotaraya. Memang terasa sangat sesaknya. Yang merasa, pasti faham. 

Jika sebelum ini mereka telah pun membuat PGB sebanyak RM150 sebulan, tiba-tiba bermula bulan depan terus naik kepada RM479, ini sangat-sangat membebankan. 

Potongan lebih RM300 ringgit berbanding sebelumnya pasti sangat dirasai oleh golongan yang baru sahaja nak stabil kehidupan mereka. 

Isu PTPTN jika tidak diselesaikan dengan berhemah, aku berpendapat akan memberi pandangan buruk pula pada kerajaan. 

Seperti aku kata, tidak salah mengejar yang liat. Namun tolonglah jangan menzalimi yang taat. 

#MFS 
- Sekadar pandangan bebas seorang rakyat yang cintakan negaranya - 
#CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: