Pelajar maut, nahas enam sekeluarga infomalay12.blogspot.com

KAMPUNG GAJAH - Seorang pelajar Tingkatan Dua maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bersama lima ahli keluarga lain terbabas sebelum terbalik di Jalan Kampung Tersusun Air Kuning- Chenderong Balai, hari ini.

Kejadian sekitar jam 11.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Ain Zulaikha Jasirolnizam, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdullah, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian turut menyebabkan ibu mangsa berusia 48 tahun dan adik lelaki berusia 3 tahun cedera di kepala, kaki dan tangan.

Sementara tiga lagi iaitu bapa mangsa berusia 47 tahun, abang dan adik lelaki masing-masing berusia 16 dan 10 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, ketika kejadian, enam sekeluarga yang menaiki MPV jenis Proton Exora dipandu bapa mangsa dalam perjalanan dari Manong untuk pulang ke rumah di Kampung Chenderong Balai.

"Siasatan awal mendapati, ketika tiba di lokasi kejadian, MPV terbabit hilang kawalan menyebabkannya terbabas lalu terbalik di bahu jalan.

"Mangsa yang duduk di bahagia belakang sebelah kiri meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut diteruskan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Sumber: Sinar Harian

loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :