Seramai 419 orang pelajar sekolah disekitar Parlimen Kuantan telah bersama-sama dalam Program "Jom Gunting Rambut" percuma anjuran UMNO Bahagian Kuantan bersama Pemuda Umno Bahagian Kuantan.
Program yang menjadi acara tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan itu, turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuantan Dato Zaitun Mat yang Mewakili Ketua UMNO Bahagian Kuantan YH Dato Sri Ab Hamid Mohd Nazahar yang diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan Sdr. MD Jamil Pauzi. Turut sama hadir barisan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kuantan serta Sayap-Sayap.
lihat gambar-gambar di: Tekan Sini
Program telah diadakan dienam lokasi yang mewakili setiap Dun didalam Parlimen Kuantan. Antara lokasi - lokasinya adalah:
- Permata Camar Pantai Sepat - 100 Pelajar
- Dewan Orang Ramai Peramu - 42 Pelajar
- Kedai Gunting Rambut Tg. api - 88 Pelajar
- Kedai Gunting Rambut Fozy Kg. Tengah - 53 Pelajar
- MY STYLE BARBERSHOP Sri Belat - 100 Pelajar
- Kedai Usahawan MyCorp Sg. Isap - 36 Pelajar
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan Sdr. MD Jamil Pauzi ditemui berkata, Program sedemikian akan dijalankan setiap tahun kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa dalam meringankan beban persiapan persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi. beliau juga berkata "Memang nilainya nampak kecil, tetapi ia bermakna bagi keluarga yang memerlukan" disamping itu juga sedikit sebanyak dapat membantu perniaga bumiputera.
#majuterusPahang
#majuterusPahang