KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan menggantikan budaya peperiksaan di sekolah kepada pentaksiran yang ‘learning-centred’ khususnya di peringkat Tahap 1 selari dengan hala tuju untuk menjadikan sekolah tempat yang gembira.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, langkah itu salah satu usaha diambil kementeriannya yang komited untuk meningkatkan pencapaian dan mengurangkan jurang pencapaian murid, di samping tugas utama mempersiapkan anak-anak Malaysia bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
"Pentaksiran akan berubah iaitu Kementerian Pendidikan akan menggantikan peperiksaan untuk murid Tahap 1 (Darjah 1, 2 dan 3) dengan pentaksiran yang lebih holistik iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
"PBD yang melihat kepada perkembangan pembelajaran murid, akan menggantikan budaya peperiksaan di sekolah kepada pentaksiran yang ‘learning-centred’.
"Langkah ini konsisten dengan hala tuju Kementerian Pendidikan untuk menjadikan sekolah tempat yang gembira dan di mana cinta kepada ilmu boleh ditanam,” katanya.
Selain itu menurut beliau, pedagogi harus berubah kepada pembelajaran yang berpusatkan murid di mana perkara ini secara tidak langsung melibatkan pemantapan latihan guru di peringkat pra dan dalam perkhidmatan untuk lebih mahir dalam membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT atau HOTS).
"Di samping itu, latihan dalam perkhidmatan yang berterusan kepada guru juga menjadi fokus KPM. Untuk tujuan ini, KPM sedang melihat kepada kerjasama antara Fakulti Pendidikan di universiti awam untuk membantu guru dari segi pedagogi,” katanya.
Langkah ketiga menurut Maszlee, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan perubahan kurikulum daripada kurikulum berasaskan standard kepada kurikulum bedasarkan kompetensi dengan mengambil kira pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku serta nilai yang relevan bagi menyediakan murid menghadapi cabaran abad ke-21.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ke atas Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Negara.
Maszlee juga berkata, Kementerian Pendidikan juga prihatin dengan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran Sejarah.
Kurikulum Standard Sejarah digubal dengan tujuan murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang sejarah perkembangan dan proses evolusi peradaban dunia serta memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia, katanya.
"Di samping itu juga murid didedahkan dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan berdasarkan kemahiran pemikiran Sejarah yang menerapkan pemikiran analitikal, kreatif dan reflektif.
"Kementerian Pendidikan akan menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah dan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapat perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif," kata beliau.

loading...