Selamat Tahun Baru 2019. Bangun pagi esok, Kerajaan Malaysia masih lagi Pakatan Harapan. Menjelang tahun baru penyokong-penyokong basah kuyup dikencing Kerajaan Malaysia Baharu.
Harga minyak masih tidak turun. Janji Kerajaan Pakatan Harapan untuk menetapkan harga petroleum secara mingguan, seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu masih belum dikotakan.
Ini memandangkan desakan daripada kumpulan kapitalis minyak sehingga memaksa keputusan kabinet diperlukan. Nampak gayanya kepentingan kapatalis dijaga rapi berbanding Rakyat Marhaen.