ALAMAK ~ Madinah Tetap Dengan Keputusan..! infomalay12.blogspot.com


Madinah buat laki dia macam ayam berak kapor..! Atau memang Madinah nak test laki dia..! sanggup mati demi Najib ke tak?
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah mendapatkan keterangan daripada Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mengenai dakwaan laporan audit 1MDB dipinda seperti didedahkannya bulan lalu.
Pengerusi PAC, Ronald Kiandee berkata Madinah mempertahankan dakwaan tersebut dan pihaknya berpuas hati dengan prosiding keterangan hari ini memandangkan banyak makumat diperolehi.
"Seperti dinyatakan dalam kenyataan akhbar Madinah, beliau memberitahu laporan audit 1MDB telah diubah dan beliau memberi keterangan menunjukkan laporan audit itu telah diubah.
"Tentu sekali kita siasat sama ada laporan audit berkenaan 1MDB itu diubah atau tidak," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Pada 25 November lalu, Madinah mendedahkan beberapa bahagian dalam laporan audit asal 1MDB dipinda atas arahan bekas perdana menteri Najib Razak.
Antara bahagian yang diubah, menurut dakwaannya, ialah kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho dalam salah satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB dan berkenaan penyata kewangan 2014 syarikat itu.
Mengulas lanjut mengenai proses keterangan hari ini, anggota parlimen Beluran itu berkata beliau tidak boleh mendedahkan butiran lanjut mengenai prosiding tersebut.
Pada masa sama, Ronald berkata esok PAC akan memanggil bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan Saadatul Nafisah, pesara skuad senior dalam pejabat audit negara.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan tiada keperluan untuk memanggil semula Madinah untuk beri keterangan.
Sementara itu, Madinah apabila ditemui selepas memberi keterangan selama tiga jam setengah berkata beliau menyerahkan keputusan kepada PAC sama ada untuk menjalankan siasatan lanjut.
Katanya, selain memberi keterangan kepada PAC, dokumen asal laporan audit 1MDB itu juga telah diserahkan.
"Saya sudah beri keterengan kepada PAC dan terpulanglah kepada PAC untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Atau jugak Madinah memang cukup kenal dengan laki dia yang suka bercakap berdegar degar..! Sanggup mati konon..!
Hakikatnya?
Lu Fikir La Sendiri..!

Subscribe to receive free email updates: