Sebelah kanan dan kiri Agong kominis ke? Azwanddin ni bangang buat kajian dululah sebelum keluarkan kenyataan dan tuduhan...
90% MP HARAPAN sudah serah borang isytihar harta
Kira-kira 100 anggota parlimen kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menyerahkan dokumen pengisytiharan harta menjelang tarikh akhir esok untuk dokumen berkenaan disiarkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata, anggota parlimen yang belum berbuat demikian berbaki 10 peratus.
Terdapat anggota parlimen dan ADUN daripada negeri di Sabah dan Kedah menyerahkan dokumen mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan menggunakan pos.
Empat komponen parti HARAPAN ketika ini mempunyai 117 kerusi di Dewan Rakyat sementara sekutu mereka Parti Warisan Sabah, memegang sembilan kerusi lain.
Menurut Liew, Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed akan diberikan lanjutan tempoh untuk membuat pengisytiharan harta memandangkan mereka baru menyertai senarai anggota parlimen HARAPAN.
Mustapa, yang merupakan bekas menteri Umno, baru-baru ini menyertai BERSATU, sementara Anwar kembali ke parlimen selepas menang pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.
"Pengisytiharan harta tidak begitu rumit, seseorang hanya perlu mengisi butiran hartanya, dan anak-anaknya yang berumur 21 tahun ke atas. Kita perlukan masa untuk mengumpul data.
"Anwar dan Mustapa sudah bercakap kepada SPRM dan Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) di pejabat saya hari ini, dan telah mengisi borang," kata menteri undang-undang itu kepada pemberita di parlimen hari ini.
Ditanya jika SPRM akan menyiarkan dokumen pengisytiharan harta anggota parlimen berkenaan seperti dijadualkan, Liew berkata: "Saya tidak tahu, bukan saya yang buat keputusan tentang perkara itu".
Tarikh akhir bagi menyiarkan dokumen itu sudah beberapa kali dilanjutkan.
Dokumen pengisytiharan harta itu pada mulanya direncanakan untuk diterbit pada 1 Okt lalu namun ditangguhkan ke 15 Okt, dan seterusnya ditangguh sekali lagi kepada 1 Nov.
Menurut Liew, anggota parlimen HARAPAN memberikan kerjasama yang baik dalam pelaksanaan perkara itu.
Jelasnya, pengisytiharan harta itu hanya melibatkan aset mereka selepas menjadi anggota parlimen.
"Ia pada hari mereka angkat sumpah pada 11 Julai lalu. Kita mungkin kaji semula pengisytiharan ini setiap tahun.
Liew turut memberi jaminan agar anggota parlimen tidak perlu bimbang sekiranya mereka boleh menjelaskan aset mereka.
"Katakan seseorang tiba-tiba mempunyai harta bernilai RM5 juta ketika lima tahun memegang jawatannya. Sekiranya dia boleh jelaskan, seperti warisan, atau menang loteri, tak apa.
"Sekiranya dia tidak boleh jelaskan, itu masalah," katanya.
Mk.