Muat Turun Pekeliling Pemakaian Kasut Sekolah, Stoking Berwarna Hitam infomalay12.blogspot.com

Gambar hiasan
PETALING JAYA: Semua murid dikehendaki memakai kasut dan stoking warna hitam bermula sesi persekolahan 2021, kata Kementerian Pendidikan hari ini.

Kementerian berkata pemakaian kasut dan stoking warna hitam dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan depan dan diperluaskan pada 2020.

“Dalam tempoh transisi tersebut, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut dan stoking berwarna putih. Pihak sekolah diminta tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid memakai kasut berwarna hitam dalam tempoh transisi.

“Penguatkuasaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam secara sepenuhnya akan bermula pada tahun 2021,” kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.
Pekeliling itu turut menetapkan kasut murid sekolah rendah dan menengah hendaklah diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara, dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan.

Kementerian berkata dapatan libat urus menunjukkan majoriti responden, termasuk ibu bapa, bersetuju dengan pemakaian kasut warna hitam.

Pada Julai lepas, Menteri Pendidikan Maszlee Malik dilaporkan berkata lebih 5 juta pelajar sekolah di seluruh negara akan memakai kasut hitam bermula tahun depan selepas mengambil kira keluhan ibu bapa mengenai tahap kebersihan kasut putih.

Bagaimanapun, keputusan itu menimbulkan kebimbangan beberapa pihak termasuk Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) mengenai kemungkinan peruncit dan pengeluar tidak mampu menampung permintaan terhadap kasut hitam.

Maszlee selepas itu berkata kerajaan bersetuju memberi kelonggaran selama setahun kepada semua pihak bagi pelaksanaan peraturan tersebut.

Menurutnya tempoh itu bagi menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu tersebut termasuk ibu bapa yang mungkin terbeban jika pelaksanaannya dilakukan secara drastik.

Muat Turun: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2018: Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam Oleh Murid di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia



loading...

Subscribe to receive free email updates: