APA SALAHNYA 40 AHLI PARLIMEN UMNO MENYERTAI PAKATAN HARAPAN
TAK ADA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANGPUN YANG LARANG.
CARANYA MUDAH JE, KASI PARAID LA 40 DIBAHAGI-BAHAGIKAN KEPADA EMPAT PARTI, AMBIL SETIAP PARTI 10 ORANG, ADIL KAN ?
YANG SALAH TU JIKA BERSATU PULUN SEMUA ! JIKA ITU YANG BERLAKU TENTULAH ADA YANG GIGIT JARI KEMPUNAN !
USHA UNTUK MENDAPATKAN MP TU PERLU DITERUSKANM TAPI INGAT ! JANGAN BISING-BISING, WALAUPUN SEKARANG SEDANG DIUSHAKAN.
KATA ORANG PERAK KOME JANGAN LA GENTO, TAK DE SEBAB NAK GENTO !
-Pak Karamu-
PH bukan kem pelarian politik
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - PH tidak wajar dijadikan kem pelarian politik oleh mana-mana ahli Parlimen yang ingin mendapatkan perlindungan.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub berkata, PH akan meneliti sebab dan tujuan terperinci seseorang ahli Parlimen berhasrat menyertai PH.
Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, PH tidak harus sewenang-wenangnya menerima kemasukan mana-mana ahli Parlimen yang melompat parti hanya atas dasar kepentingan peribadi dan personaliti semata-mata.
"Semua itu harus kita cermati. Saya tidak mahu PH jadi tempat atau destinasi mana-mana yang kita katakan sebagai pelarian politik," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, PH harus bertegas dan mempertahankan prinsip.
"Semuanya nanti akan kita bincang dengan teliti. Dalam mesyuarat Majlis Presiden PH minggu depan.
"Kita harus teliti atas sebab apa (hendak sertai) bukan sewenang-wenangnya atas kepentingan peribadi dan personaliti," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas antara parti awal yang mencadangkan pada kerajaan untuk membuat satu akta menyekat ahli Parlimen untuk lompat parti.
"Kita kena hormat rakyat yang memilih kita dan parti yang memberikan harapan.
"Bagi saya sebarang tindakan lompat parti ini merupakan pengkhianatan kepada parti yang pilih dia dan rakyat yang memilih parti tersebut.
"Mana-mana parti yang memerintah, jadi budaya ahli Parlimen akan lompat ke dalam parti tersebut dan kita bimbang isu pembersihan kes dengan sertai kerajaan, akhirnya fail dia jadi bersih," kata beliau.