[Video Najib Boleh Cakap Apa Sahaja -Tun M] Polis siasat bekas menteri didakwa cabul pelajar selama 7 jam. infomalay12.blogspot.com

Selasa, 30 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.

Polis siasat bekas menteri didakwa cabul pelajar selama 7 jam

Polis hari ini menyoal siasat seorang bekas menteri selama tujuh jam berhubung dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar bawah umur.
Sumber dari Bukit Aman berkata bekas menteri yang juga anggota parlimen tiba di Bukit Aman kira-kira jam 10 pagi tadi.
Dia disoal siasat oleh para pegawai polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11).
"Polis selesai mencatatkan keterangannya sekitar jam 5 petang," kata sumber itu.
Malaysiakini difahamkan anggota parlimen berkenaan meminta untuk berhenti rehat beberapa kali kerana mendakwa tidak sihat.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Difahamkan insiden itu didakwa berlaku di dalam sebuah kereta berdekatan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada 20 Okt.
Berdasarkan keterangan mangsa, dia bersama rakannya ketika itu sedang membuat latihan nyanyian sebelum anggota Parlimen terbabit tiba dan memanggil mangsa masuk ke dalam kereta bersendirian.
Sewaktu berada di dalam kereta, dia mendakwa disentuh pada bahagian tangan dan bahu oleh anggota parlimen terbabit sebelum mangsa lari keluar dari kereta sambil menangis.
Mk.

Subscribe to receive free email updates: