Mat Sabu buat hal lagi. Hang pi jumpa Ketua Ulamak Sedunia tu buat apa Bang Mat ooi. Maqah bekas Naib Ketua Ularmak Sedunia rekomen dek Anwar nanti Bang Mat ooi....
Anwar tidak boleh dipercayai, kata Abdul Hadi
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mengatakan bahawa Ketua Umum PKR itu tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten sebagai seorang pemimpin beragama Islam.
Pada sidang media malam tadi selepas menyampaikan ucapan pada kempen calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Lef Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, Abdul Hadi menyifatkan Anwar sebagai tidak konsisten dalam amalan Islamnya.
Sebagai contoh, beliau berkata Anwar akan menuruti kemahuan penganut agama lain.
“Kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita menghormati kebebasan untuk memeluk agama mana pun, tetapi kita mesti konsisten dengan agama kita dan kaum kita.
“Sebagai contoh dia (Anwar) menjadi imam di masjid, tetapi di tempat-tempat Sikh (gurdwaras) dia berpakaian seperti Sikh dan di tempat-tempat Tamil (kuil-kuil Hindu) ia menari mengikut lagu Tamil,” kata Abdul Hadi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga dari kiri) bersama pimpinan utama PH selepas pengumuman penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu.
Beliau menegaskan bahawa Anwar harus berpegang pada identiti diri.
“Kita mempunyai kebudayaan sendiri (agama). Dan orang-orang Tamil (Hindu) menghormati jika kita mempunyai identiti kita sendiri.
“(Jika kita menegakkan nilai budaya kita sendiri) orang Tamil tidak akan marah dengan kita. Orang Cina tidak akan marah kepada kita.
“Kita dapat mengadakan dialog dengan orang lain, tetapi kita mesti selaras dengan identiti diri kita sendiri.” katanya seperti dilapor NST hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya Abdul Hadi juga berkata seorang pemimpin, ketika merujuk kepada Anwar, mesti dipilih berdasarkan ketekalannya dengan identiti beliau.
“Sekarang kita ada orang yang ‘berlakon’ mengikut keadaannya. Tidak konsisten.
MD.