[Video Ini Zahid Hamidi, noktah!] SEDARLAH DIRI TU Presiden! Umno Dah Tunggang Langgang & Apakah hak Hadi untuk menyuruh Mahathir kekal satu penggal? infomalay12.blogspot.com

Isnin, 1 Oktober 2018
Apakah hak Hadi untuk menyuruh Mahathir kekal satu penggal sedangkan Mahathir sendiri berulang-kali mahukan Anwar menggantinya? Apakah tujuan Hadi menyelar Anwar sebagai tidak sabar sedangkan 20 tahun rakyat dan negara sengsara kerana tersilap memilih pemimpin? Kalau Mahathir dan Anwar bersedia melupakan sengketa lama demi menyelamatkan negara dan rakyat daripada kemusnahan, kenapakah Hadi terus memandang hina kepada Anwar? 

Apakah ini sifat seorang Ulama? Kalaupun tidak ulama apakah ini sikap seorang pemimpin sebuah parti Islam? Hadi tidak mempunyai hak untuk mengatur perjalanan PH. Beliau sendiri tahu Mahathir dan Anwar tidak akan mendengar teguran beliau. 

Keputusan PAS meletakkan calon di PRK Port Dickson adalah keputusan Hadi. Pada mulanya Hadi meminta bekas MB Selangor Khalid Ibrahim menjadi calon tetapi Khalid masih siuman dan menarik diri. 

Sepanjang 60 tahun PAS berjuang di Negeri Sembilan parti itu cuma menang satu kerusi DUN saja di Paroi dalam PRU12. Hadi sedar calonnya di PD akan kalah tetapi kerana marah dan takut kepada Anwar, dengan bongkak dan sombong beliau memaksa PAS meletakkan calonnya. Ini satu pembaziran. 

Walaupun tidak bergelar ulama, Anwar tidak pernah memandang jijik kepada Hadi Awang dan pimpinan PAS. Anwar tidak pernah memusuhi Hadi walaupun Hadi dalam banyak perkara mengenepikan Anwar. Anwar tidak dikelilingi oleh lebai tetapi beliau bersahabat dengan lebih ramai ulama daripada Hadi. 

Hadi marah kerana Anwar menyertai UMNO tahun 1982 dan merampas Parlimen Permatang Pauh, kerusi tradisi Pas. Kemasukan Anwar dalam UMNO menyaksikan kekalahan teruk PAS dalam PRU 1982. Semua pemimpin tertinggi PAS termasuk Hadi tewas. Hadi terpaksa mengeluarkan Amanat mengkafirkan UMNO untuk selamatkan PAS. Terbukti tindakan Hadi bertentangan dengan ajaran Islam. 
Image result for anwar n hadi
Sebenarnya Hadi lebih takut kepada Anwar daripada marah. Hadi pernah memberitahu beberapa orang kuatnya bahawa jika Anwar menjadi PM maka tidak ada harapan untuk PAS menawan kerajaan Pusat. 

Hadi amat faham bahawa Anwar membawa pendekatan Islam yang progresif dan inklusif. Dengan jaringan persahabatannya di seluruh dunia Anwar berkemampuan membuka tirai feudalistik dan conservatif ummat Melayu. 

Anwar memilih PD dengan komposisi pengundi 48 peratus Melayu, 30 peratus Cina, 22 peratus India dan kaum lain, kerana beliau bakal menjadi Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia. Anwar memilih PD bagi membuktikan Islam yang progresif dan inklusif merentasi kaum dan agama. 

Anwar faham Nabi diutuskan untuk membangunkan ummah dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kesukuan dan kejumudan. Sedangkan Hadi mahu membangunkan Islam dan membiarkan ummah dalam kejahilan dan kemiskinan. Sesungguhnya Islam sudah terbangun sejak Adam hingga khiamat. Allah tidak menyuruh kita membangunkan Islam kerana Islam tidak pernah mundur dan maju. 

Yang mundur dan maju dan perlu dibangunkan ialah ummahnya. PAS perlu mengkaji semula arah tuju dan pendekatan parti untuk terus relevan dalam politik Malaysia era baru. - f/bk 
Tumpang sekole.
Foto Suara Rakyat.
UMNO Dah Tunggang Langgang !!
Orang kuat Umno pon bertelagah, tak sependapat..

HAR.. HAR.. HAR..

Bila parti keramat karat Umno dah nak karam, cepat2 nak selamatkan diri dgn cubaan nak bergabung dgn Pakatan Harapan..

SEDARLAH DIRI TU ZAHID !!!

Apa gunanya nk bergabung dgn PH. Bukankah hari tu Umno dah masuk meminang PAS. Malah secara rasminya telah bekerjasama dgn PAS secara terang-terangan.. Kata dah jadi pakatan pembangkang yang kuat !!!

Dah jadi pembangkang yang kuat, kenapa nak 'joint' PH.. atau nak perbodohkan PH..

Adalah lebih baik kamu kemudi jer kapal karam tu elok2..

Subscribe to receive free email updates: