[Video Dahsyat! Duit Curi 1MDB] JHO LOW KINI BERADA DALAM SENARAI 'NOTIS MERAH INTERPOL' & Azmin kata MP Umno akan tinggal tiga, empat kerat saja. infomalay12.blogspot.com

Selasa, 2 September 2018

Foto Suara Rakyat.
#BreakingNews.. JHO LOW KINI BERADA DALAM SENARAI 'NOTIS MERAH INTERPOL' !!

Jho Low berdepan lapan pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613), Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001. Bapanya Hock Peng pula berdepan satu tuduhan.

Keseluruhan jumlah dalam urus niaga terbabitdianggarkan sebanyak AS$261 juta (lebih RM1 bilion) untuk penerimaan wang dan AS$196 juta (kira-kira RM805 juta) untuk pemindahan wang tunai yang dilakukan melalui akaun berasingan di Bank BSI Singapura antara Disember 2013 dan Jun 2014.

Sebahagian besar wang itu digunakan untuk membeli kapal persiaran mewah Equanimity bernilai AS$250 juta (RM1 bilion).

TAHUKAH ANDA.. Bukan mahkamah di M'sia saja keluar waran tangkap Jho Low dan bapanya MALAH pihak berkuasa Singapura juga mengeluarkan waran tangkap terhadap Low Taek Jho atau Jho Low dan Tan Kim Loong pada April-Mei 2016 dan Notis Merah dikeluarkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol) pada Oktober 2016.

Harap pihak berkuasa dapat siasat seadil-adilnya & heret mereka yg terlibat ke muka pengadilan.
#1MDB #JhoLow #RedNoticeInterpol

Azmin: MP Umno akan tinggal tiga, empat kerat saja

Anggota Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan jumlah anggota parlimen daripada Umno akan semakin menyusut menjelang akhir bulan ini.
Berucap pada Pidato Malaysia Baru sempena pemilihan PKR di Kuala Terengganu malam ini, beliau berkata daripada 49 anggota Parlimen Umno ketika ini, ia akan tinggal 'tiga, empat kerat sahaja'.
"PKR hari ini adalah blok terbesar di Parlimen. PKR ada 51 anggota Parlimen, DAP mempunyai 42 anggota Parlimen, UMNO ada 49 orang. Esok mungkin 40 orang, kemudian 20 orang dan hujung bulan ini tinggal tiga empat kerat sahaja," katanya.
Ketika ditemui media selepas program itu, beliau yang juga menteri hal ehwal ekonomi menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah berdasarkan penilaiannya terhadap Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir, yang kelihatan lemah tanpa pendirian tegas dalam menentukan hala tuju parti tersebut.
Mk.

Subscribe to receive free email updates: