TIADA SEBAB MAHADHIR MOHON MA'AF PADA ANUAR ? infomalay12.blogspot.com

BUKAN MAHADHIR YANG MEMENJARAKAN ANUAR TAPI MAHKAMAH, INILAH KEHEBATAN MAHADHIR DI LUAR NEGARA, TUNGGU DIA BALIK NANTI TANYA BALIK !!!
 
-Pak Karamu-

‘Saya tak pernah minta maaf pada Anwar’

AddThis Sharing Buttons

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
 
LONDON - BRITAIN. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak pernah meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memecatnya pada 1998.

“Saya tidak mengatakan perkara itu kepadanya, tetapi orang lain yang kata kerana mereka mahu saya memohon maaf. Tetapi saya tidak pernah membuat permohonan maaf secara formal kepadanya,” katanya dalam temubual dalam program HardTalk oleh BBC.

Beliau menjawab soalan hos program, Zeinab Badawi yang membaca petikan temu bual BBC dengan Anwar pada Jun lalu.

Dalam temubual itu, Anwar berkata, Mahathir telah membuktikan kehebatannya, menerima batasan masa lalu, meminta maaf dan mengorbankan masa dan tenaganya untuk meningkatkan maruah rakyat dan negara.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu adalah pandangan peribadinya.

Dalam pada itu, beliau berkata,mereka telah melupakan masa lalu apabila setuju bekerjasama menumbangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditanya sama ada beliau menyesal kerana memenjarakan Anwar, Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersalah kerana keputusan dibuat oleh mahkamah.

Subscribe to receive free email updates: