Senang Sungguh Kerja Menteri, Bahasa Kebangsaan Tidak Fasih, Tonton Cerita P Ramlee Dan Upin & Ipin infomalay12.blogspot.com


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, baca Astro Awani, di sini,
Sebab itu saya cadang tayangkan cerita P Ramlee dan Upin & Upin, kerana ia menggunakan Bahasa Melayu yang betul, di samping mengetengahkan konsep perpaduan. Juga, perbanyakkan lagi program-program kebudayaan, agar pelajar lebih santai dan mereka akan belajar secara natural, bukan untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Ini sekali gus mengurangkan rasa beban mereka.
Analoginya mudah:

Masalah : Masyarakat Cina gagal kuasai Bahasa Kebangsaan.

Cara Menteri Pendidikan selesaikan masalah : Cadang tayang cerita P. Ramlee dan Upin & Ipin.

Kesimpulan : Senang sungguh kerja Menteri KERAjaan PH.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek mencadangkan SJK Cina lebih kreatif dalam pengajaran Bahasa Kebangsaan dengan menayangkan filem TS P Ramlee dan Upin & Ipin bagi menarik minat pelajar mempelajarinya. Selanjutnya di Berita Harian, di sini, beliau berkata,
Penghayatan terhadap bahasa perlu dilakukan dengan menjiwai, kasih sayang dan saling hormat-menghormati. Bukan hanya sekadar diukur dengan peperiksaan saja, yang penting bagi saya keseronokan waktu belajar. Sebab itu saya tekankan di SJKC dan mana-masa sekolah perlu dijadikan proses pembelajaran BM yang menyeronokkan dan bukan membebankan hingga akhirnya menarik pelajar.
Kita tidak tahu pula pelajar-pelajar Cina menganggap proses pembelajaran Bahasa Kebangsaan tidak menyeronokkan dan membebankan. Bahasa Mandarin, Kantonis, Hakka dan English dapat pula pelajar-pelajar Cina ini kuasai?

Idea Menteri tidak 100% salah. Yang salahnya adalah apa susah sangat pelajar-pelajar SRK Cina hendak menguasai Bahasa Kebangsaan? Mereka lahir di Malaysia dan dibesarkan di Malaysia. Adakah tidak ada kemahuan atau wujud sikap benci atau wujud penentangan kepada Bahasa Kebangsaan? Kalau tidak masakan pekerja Bangladesh di stesen minyak dapat kuasai Bahasa Kebangsaan dalam tempoh beberapa bulan.

Kesimpulannya, Dr Maszlee harus berhati-hati membuat saranan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di SJK Cina. Sebabnya, kalau Bahasa Kebangsaan tidak meningkat, dikuatiri Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq bakal mendedahkan gaji beliau.

Subscribe to receive free email updates: