Menteri tidak beretika apabila kelemahan negara disebar luas kepada umum. Rahsia negara akan membuatkan maklumat sesebuah negara di intif oleh musuh
Perangai menteri PH makin menjadi-jadi

Catatan Facebook Mohd Puad
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa perangai menteri PH kian menjadi-jadi susulan beberapa kenyataan yang mencetuskan kontroversi.
Terbaru katanya kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendakwa hutang negara lebih besar daripada RM1 trilion dalam satu program di Universiti Malaya (UM), 12 Oktober lalu.
Katanya dalam catatan Facebooknya semalam, ia jelas bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini.
“Semakin menjadi jadi perangai menteri-menteri kerajaan PH ini. Menurut Mat Sabu ia (jumlah sebenar) dirahsiakan takut Malaysia jadi muflis. Apabila dia sendiri mendedahkannya dalam satu majlis dialog di UM, tidakkah itu membocorkan rahsia namanya (walaupun tidak dinyatakan jumlahnya yang sebenar)?
“Setahu kita Mat Sabu suka membocorkan rahsia seperti mendedahkan rahsia kemampuan senjata sistem pertahanan Malaysia. Begitu sekali rendahnya mentaliti Mat Sabu. Menuduh ikut sedap mulut. Apakah hutang negara boleh dirahsiakan?,” katanya.
Dalam catatan itu lagi, Mohd Puad berkata, sebenarnya Mohamad tersentak dengan desakan soalan-soalan daripada seorang mahasiswa mengenai janji 100 hari yang gagal ditunaikan sehingga menyebabkan beliau memberi gambaran hutang negara lebih besar daripada RM1 trilion.
“Itu punca dia berbohong untuk meredakan kecaman mahasiswa berkenaan. Bila masa pula menteri menteri PH ini menjadi suci bersih dengan tidak menceritakan rahsia sebenarnya apatah lagi jika boleh memburukkan imej kerajaan sebelumnya?
“Kalau laporan ekonomi negara pun mahu dijadikan bahan mainan, maka apa sahaja laporan ekonomi dan kewangan selepas ini sukar dipercayai. Jelaslah menteri menteri PH ini haprak dan tidak layak diberi gelaran Datuk Seri dan Datuk terlalu awal,” katanya.