INFO MALAY

Berita Update Setiap Hari

Menu
  • Home
Home » Agama » Artis » Berita » Film » Hari ini » Pesulap » Politik » Sosial » Terbaru » Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke infomalay12.blogspot.com

Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke infomalay12.blogspot.com

Selasa, 23 Oktober 2018 Agama, Artis, Berita, Film, Hari ini, Pesulap, Politik, Sosial, Terbaru
22 Okt. - Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta memecat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Mohd. Azharuddin Mat Sah dengan serta-merta.

Wakil pemandu teksi Malaysia, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, pemecatan itu wajar kerana kedua-dua mereka gagal mematuhi arahan Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu perkhidmatan e-hailing Grab yang kini menjadi kontroversi dalam kalangan pemandu teksi.

Shamsubahrin berkata, Dr. Mahathir dalam sesi dialog bersama pemandu teksi di Langkawi semalam juga mengakui beliau telah mengarahkan Anthony Loke supaya mewujudkan peraturan pemandu Grab baharu seperti yang dicadangkan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut Shamsubahrin, sekiranya pelaksanaan baharu itu gagal dilakukan dalam tempoh terdekat, beliau bercadang untuk mengadakan perhimpunan aman yang turut disertai kira-kira 3,000 pemandu teksi dari seluruh negara termasuk dari Johor, Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Saya akan adakan perhimpunan aman pada Rabu ini, pukul sembilan pagi di Padang Merbok bermula di bangun APAD untuk menuntut Ketua Pegawai Eksekutifnya turun berjumpa dengan kami.

“Seterusnya, kami akan terus menuju ke Parlimen untuk menuntut Anthony Loke berjumpa dengan kami secara aman,” katanya dalam satu sidang akhbar berkaitan isu pemandu teksi biadab terhadap Dr. Mahathir yang meminta Perdana Menteri itu meletakkan jawatan.

Semalam, akhbar melaporkan Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi di Dewan Kencana, Langkawi Lagoon.

Dr. Mahathir meluahkan demikian setelah kekecohan kecil dilakukan sekumpulan pemandu teksi ketika majlis itu berlangsung, sebelum mereka bertindak keluar dari dewan berkenaan.

Tindakan itu dipercayai ekoran rasa kurang senang kumpulan berkenaan di atas penjelasan Dr. Mahathir bahawa Grab tidak akan dihapuskan.

Sebaliknya Dr. Mahathir berkata, pihaknya akan mencari mekanisme terbaik untuk memastikan persaingan sihat antara pemandu teksi dan Grab.

Jelas Dr. Mahathir, tindakan untuk mengharamkan Grab bukannya mudah dan menyarankan peraturan supaya Grab menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans serta membayar cukai sama seperti pemandu teksi lain untuk mewujudkan persaingan sihat.

Pertemuan tersebut dihadiri lebih 200 pemandu teksi Langkawi yang meluahkan perasaan agar perkhidmatan Grab itu diharamkan kerana didakwa menyebabkan punca perkhidmatan mereka tergugat. - UTUSAN ONLINE

Tweet

Subscribe to receive free email updates:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Catatan Popular

  • Mufti Kelantan Minta Rakyat Maafkan Kesilapan Najib infomalay12.blogspot.com
    Ambil iktibar krisis negara luar - Mufti Kelantan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. - Foto BERNAMA KOTA BHARU: Mufti Kelant...
  • Fakta Disebalik Video Lucah Budak Kecil Dengan Wanita Dewasa. infomalay12.blogspot.com
    INDONESIA – Satu video klip yang memaparkan adegan lucah kanak-kanak ditemui pada minggu lalu turut melibatkan seorang wanita dewasa. Ha...
  • (6 Gambar) 'Saya Akui Gambar Seksi Itu Memang Saya' – Balkisyh infomalay12.blogspot.com
    Kecoh apabila netizen dikejutkan dengan penyebaran gambar seorang aktres sebuah drama bersiri komedi terkenal di stesen televisyen tempata...
  • Video Majikan Paksa Pembantu Rumah Lakukan Hubungan Intim Tular Di Media Sosial. infomalay12.blogspot.com
    Arab Saudi - Seorang wanita telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikannya sendiri apabila dia dikatakan telah dipaksa untuk melakuk...
  • Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2020 infomalay12.blogspot.com
    Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2020 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam s...
  • [VIDEO] PPIM tangani Kes Juta Kelulut pula infomalay12.blogspot.com
  • Muat Turun Modul Amanjaya Gemilang Subjek Terpilih SPM 2017 infomalay12.blogspot.com
    Guru-guru boleh memuat turun Modul Amanjaya Gemilang SPM 2017 menggunakan pautan di bawah: Modul Amanjaya Gemilang SPM 2017 Senarai m...
  • Tatacara Penggantungan Potret Rasmi Di Pejabat Ikut Pekeliling infomalay12.blogspot.com
    Semua Ketua Jabatan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Potret Rasmi digantung dengan cara ya...
  • Video Dan 9 Gambar Ngeri: Wanita Dirogol Dan Bunuh, Sumbat Mulut Dengan Seluar Dalam. infomalay12.blogspot.com
    INDONESIA: Seorang wanita dipercayai telah dibunuh apabila mayatnya ditemui dalam keadaan kejam dan menyayat hati di Waduk Cengklik Kamp...
  • Muat Turun Manual Exemplar Pendidikan Sivik 2019 infomalay12.blogspot.com
    Pendidikan Sivik bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke ara...

Arkib Blog

  • November (94)
  • Oktober (111)
  • September (76)
  • Ogos (137)
  • Julai (139)
  • Jun (180)
  • Mei (251)
  • April (376)
  • Mac (413)
  • Februari (345)
  • Januari (349)
  • Disember (188)
  • November (229)
  • Oktober (299)
  • September (316)
  • Ogos (398)
  • Julai (459)
  • Jun (430)
  • Mei (677)
  • April (614)
  • Mac (680)
  • Februari (839)
  • Januari (1359)
  • Disember (1214)
  • November (1164)
  • Oktober (1350)
  • September (994)
  • Ogos (868)
  • Julai (887)
  • Jun (487)
  • Mei (748)
  • April (715)
  • Mac (1442)
  • Februari (1449)
  • Januari (1576)
  • Disember (2132)
  • November (2035)
  • Oktober (1967)
  • September (2209)
  • Ogos (2764)
  • Julai (2905)
  • Jun (2561)
  • Mei (49)
Agama Artis Berita Film Hari ini Pesulap Politik Sosial Terbaru
Copyright 2016 INFO MALAY
Powered by Blogger.com