Elaun Tambahan Sara Hidup guru di Johor, Selangor di peringkat cadangan infomalay12.blogspot.com

Imej via FB KPM
SIMPANG RENGGAM: Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan Elaun Tambahan Sara Hidup bagi guru di kawasan kritikal Johor dan Selangor.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata beliau sendiri mahu ia direalisasikan dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan kritikal di dua negeri berkenaan.

Katanya, perkara berkenaan sudah mendapat maklum pihak kementerian dan kini di peringkat cadangan sebelum ia dilaksanakan.
“Itu (Elaun Tambahan Sara Hidup) sedang dipertimbangkan, memang kita sedang buat tetapi masih di peringkat cadangan di pihak kementerian.

“Saya sendiri inginkan perkara itu berlaku sebab kita kekurangan guru di kawasan terbabit,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran laluan baharu Bas Harapan Johor 2018 dari Simpang Renggam ke Renggam di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata Kementerian Pendidikan sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mencari cara penyelesaian terbaik untuk menangani masalah kekurangan guru di beberapa negeri terutamanya di Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Katanya, kawasan yang ‘kritikal’ ketika ini adalah di Johor Bahru dan Shah Alam memandangkan guru kurang berminat mengajar di negeri terbabit berikutan kos sara hidup yang tinggi.

Sumber : Berita Harian
loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :