Adik Lokman Adam direman 4 hari infomalay12.blogspot.com

Adik anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu telah ditangkap pihak polis sekitar jam 3 pagi tadi ketika mengambil beliau dari rumahnya di Bukit Subang, Shah Alam.
Menurut Lokman Noor Adam, pegawai penyiasat kes tersebut dari IPD Shah Alam telah mengesahkan bahawa adiknya ditahan kerana menularkan satu hantaran orang lain yang didakwa mengandungi gambar yang menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya bersetuju adik saya tidak sepatutnya mengongsikan “posting” kenalan Facebook beliau yang mengandungi gambar seorang budak menghalakan punggung ke arah wajah Dr Mahathir yang muncul di kaca televisyen.
“Saya mengutuk tindakan individu itu (kenalan adiknya) sama seperti saya mengutuk penyokong BERSIH melakukan perkara sama terhadap Dato Seri Najib Tun Razak dahulu.
“Sungguhpun begitu, tidak pula kita dengar penyokong bersih tersebut ditahan jam 3.00 pagi dibawah Akta Hasutan, kenapa ya?” Soalnya dalam satu hantaran Instagram peribadinya.
Beliau turut menzahirkan kehairanan apabila dua laporan polis yang dibuat di balai yang sama berkenaan penghinaan dua orang pemimpin Pakatan Harapan, Datuk Abdul Kadir Jasin dan Hishammuddin Rais terhadap Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V belum pula dilakukan sebarang pendakwaan.
“Sebelum PRU, Akta Hasutan ini mahu dihapus, kini ia menjadi senjata utama mereka (Pakatan Harapan).
“Adakah kerana terlalu marahkan saya, adik saya pula perlu dijadikan mangsa?” Soalnya lagi.

Subscribe to receive free email updates: