Syok sendiri ka Zahid..
Perpecahan dalam BN itu apa dah jadi.. Asalnya ada 13 parti komponen dlm BN, kini dah tinggal saki baki 3 parti shj ??!
HAR.. HAR.. HAR..
Cermin lah diri tu dahulu sebelum nak mengata orang lain..
Rakyat bukannya bodoh spt kamu..
Perpecahan dalam BN itu apa dah jadi.. Asalnya ada 13 parti komponen dlm BN, kini dah tinggal saki baki 3 parti shj ??!
HAR.. HAR.. HAR..
Cermin lah diri tu dahulu sebelum nak mengata orang lain..
Rakyat bukannya bodoh spt kamu..
Khir: Jika diharamkan, Umno tak boleh dihidupkan semula
Alhamdulillah, 72 tahun Umno mewarnai dan mencorak politik negara tercinta. Terlalu banyak pengalaman yang dilalui hingga tidak memungkinkan untuk rakyat memisahkan antara Umno dan kemajuan negara.
Sejarah yang telah terbina ini akan jadi sebutan dan fakta sejarah yang mungkin tidak dapat diulang lagi di masa akan datang seperti mana banyak sejarah gemilang dunia yang jadi sekadar sebutan retorik di mulut pemimpin kita hari ini.
Perlukah Umno hala tuju baru? Bagi saya tak perlu, kerana Umno itu sendiri akan jadi kenangan dan sebutan sejarah sahaja.
Kenyataan menteri dalam negeri dan diikuti pernyataan perdana menteri baru baru ini telah menzahirkan secara cukup jelas bahawa Umno akan diharamkan, mestilah diambil dengan serius oleh pemimpin Umno hari ini.
Mungkin Umno masih lupa mereka bukan lagi kerajaan, yang boleh membuat keputusan akhir terhadap hampir semua keputusan dalam menentukan nasib sesebuah pertubuhan.
Bagaimana Umno boleh diharamkan? Bila mana Datuk Seri Najib Razak didakwa di mahkamah atas salah laku pengubahan wang secara haram dari sumber yang diragui, telah disebut dalam pertuduhan itu Umno juga menerima RM20 juta daripada wang tersebut.
Tan Sri Shafie Abdullah juga telah diheret ke mahkamah atas kelakuan menerima wang RM9.5 juta daripada Najib dari sumber yang sama.
Undang undang dengan jelas mengatakan,mana mana pertubuhan yg menerima dana berupa wang atau lain-lain daripada sumber haram atau meragukan sifatnya maka pertubuhan tersebut boleh diharamkan di sisi undang undang.
Persoalan yang timbul walaupun di sudut undang- undang tidak relevan, Umno tidak mengetahui daripada mana sumber wang RM20 juta itu, tetapi fakta jelaskan menunjukkan wang tersebut daripada akaun Najib, presiden Umno.
Tak perlukan hala tuju
Saya lihat Umno akan diharamkan sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan bahawa wang yang masuk dalam akaun Najib adalah daripada sumber yang meragukan dan haram sifatnya.
Sebab itu saya katakan Umno tidak perlukan hala tuju baru mahupun penjenamaan baru kerana ia akan diharamkan dan tidak boleh diaktif semula.
Ini berbeza dengan Umno dibatalkan pendaftarannya seperti berlaku sebelum ini. Dibatalkan pendaftaran maka tindakan selanjutnya mendaftarkan semula Umno.
Diharamkan mengikut undang-undang tidak boleh dihidupkan semula dan semua aset Umno akan jadi milik negara.
Langkah terbaik Umno adalah mencari jalan supaya bala ini tidak berlaku dan jika berlaku juga bagaimana untuk menghidupkan dan meneruskan kelangsungan perjuangan Umno walaupun dengan nama yg lain.
Berjuang mesti diteruskan, ombak mahupun ranjau itu perkara biasa, Jangan menyerah biarpun kapal berubah namun destinasinya tetap sama untuk agama bangsa dan negara.
Angkut angkut terbang kelangit,
Mati seekor disambar lebah,
Biar bertangkup bumi dan langit,
Setia hamba tak kan berubah.
Mati seekor disambar lebah,
Biar bertangkup bumi dan langit,
Setia hamba tak kan berubah.
Bersetialah kita kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara bukan untuk parti atau selain seumpamanya.
Dr Khir Toyo ialah bekas menteri besar Selangor.
Rencana ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.