Belit-Belit Alasan Tun @chedetofficial Untuk Tunaikan Janji Manifesto PH infomalay12.blogspot.com


Daripada April 2018 sehinggalah ke September 2018, tidak ada satu keseragaman dari pihak Kerajaan PH memberikan alasan untuk tidak menunaikan manifestomato mereka.

Naratif yang berubah-berubah dalam memberikan alasan setiap bulan, membuatkan Rakyat semakin muak. Anda nilaikan sendiri alasan-alasan yang diberikan di bawah:

April 2018: 
Janji yang kita buat dalam manifesto sudah dikaji secara terperinci, Apa yang kita janji dalam manifesto pasti dapat dilaksanakan. Rujuk sini.
June 2018:  
Sukar laksana manifesto dalam 100 hari, Manifesto dibuat berasaskan kepada pengetahuan yang tidak mencukupi kerana kita tidak tahu setakat mana kerosakan yang telah dibuat. Rujuk sini.
Julai 2018: 
Manifesto PH bukan kitab suci yang perlu dipatuhi, sebaliknya ia berfungsi sebagai panduan saja.Kerajaan sedia menanggung dosa sekiranya gagal melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto PH. Rujuk sini
Ogos 2018: 
Janji manifesto dibuat dalam keadaan PH percaya akan kalah PRU, sebab itu ia sukar dilaksana, sebab itu kita tidak boleh memberikan janji yang tidak boleh ditunaikan. Rujuk sini
Ogos 2018: 
Jika hutang negara tidak mencecah RM1 trilion, mungkin janji-janji tersebut boleh dilaksanakan. Namun dalam keadaan ekonomi tidak berapa baik, ia akan ambil masa. Rujuk sini.
Ogos 2018: 
Janji 100 hari, PH hadapi banyak kekangan. Beban yang besar yang ditinggal oleh pemerintah dahulu ialah hutang bertrilion ringgit, untuk membayar faedah sahaja boleh jadi kita muflis. Apatah lagi dengan bayaran hutang pokok. Rujuk sini.
September 2018:
Laksana semua manifesto, Kerajaan PH akan rugi besar. Sebahagian daripada janji manifesto berkenaan menimbulkan banyak masalah dan memerlukan kajian semula. Rujuk sini
Kesimpulannya, kalau Kerajaan PH tidak mahu menunaikan manifestomato mereka, cakaplah berterus terang. Kenapa hendak berbelit-belit.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :