[Video Pembangkang kena basuh! ''HARAPAN Menang Bukan Kerana Fitnah Tapi Rakyat Bijak''] MB Johor: Mungkin PM 'TAK FAHAM' dasar Johor...Aik! infomalay12.blogspot.com

Khamis, 30 Ogos 2018

Mungkin PM tak faham dasar Johor, kata MB

Kerajaan Johor menerusi jawatankuasa ditubuhkan kerajaan pusat berkaitan isu pemilikan hartanah warga asing akan menerangkan secara terperinci berhubung dasar negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Osman Sapian.
Katanya, beliau kelmarin menghadiri perbincangan dianggotai semua menteri dan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, yang kemudian memutuskan penubuhan jawatankuasa khas diketuai menteri perumahan Zuraida Kamaruddin.
“Kita akan berbincang dengan jawatankuasa (isu pemilikan hartanah) dan buat masa ini adalah menjelaskan kenyataan dikeluarkan Yang Amat Berhormat (Dr Mahathir) (berkaitan larangan warga asing membeli hartanah Forest City) dengan menerangkan dasar dilaksanakan di Johor mengenai perkara itu.
“Mungkin Tun (Dr Mahathir) sendiri tidak faham sebab dalam kawasan IRDA (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar) dibuat ketika itu Tun tiada, kerana pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).
“Benda ini ada kaitan dan Tun mungkin tidak dapat maklum balas jelas dan kerajaan negeri akan melaporkan dasar sedia ada yang dilaksanakan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian pecah tanah pembinaan laluan persimpangan jalan raya di Gerbang Nusajaya di Iskandar Puteri, hari ini.
Mahathir Isnin lalu berjanji menghalang warga asing membeli hartanah di Forest City dengan mendakwa ia “dibina untuk orang asing” kerana rakyat Malaysia tidak mampu membelinya.
Forest City dibina syarikat China, Country Garden Holdings Company dengan usaha sama Sultan Johor, bandar itu dirancang seluas 13.86 kilometer persegi di atas pulau buatan.
Pemaju menjangkakan penduduk seramai 700,000 orang menjelang 2035, tetapi hartanah itu kebanyakan dipasarkan untuk orang asing.
Menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu, Mahathir berulang kali mengkritik perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak kerana membenarkan pembinaan projek tersebut, dengan berkata ia akan mengubah demografi penduduk Johor.
Sementara itu, Osman berkata kerajaan Johor sentiasa mengalu-alukan kedatangan warga asing untuk melabur dengan membeli hartanah di negeri itu.
Bagaimanapun, katanya, pada masa sama kerajaan negeri tidak mengetepikan permintaan dan kehendak rakyat tempatan yang mahukan kediaman.
“Dasar yang dilaksanakan sebelum ini menetapkan harga kediaman bernilai RM1 juta kepada warga asing yang mahu membeli hartanah di sini, jika mata wang kita meningkat mungkin satu hari nanti kita naikkan nilai itu,” katanya.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: