'U-Turn' Lagi - Majlis Penasihat Kerajaan infomalay12.blogspot.com


12/05/2018 - Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan yang bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa. Kata beliau, baca di sini,
Majlis berkenaan akan membantu kerajaan membentuk dasar dan program bagi mencapai janji 100 hari Pakatan Harapan (PH) untuk ditunaikan kepada rakyat. Tempoh jangka masa kewujudan majlis ini adalah 100 hari sahaja.

16/08/2018 - Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mempertahankan fungsi dan peranan Majlis Penasihat Kerajaan dalam membantu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinannya. Kata beliau, baca di sini,
Saya tidak pernah kata Majlis Penasihat Kerajaan akan dibubarkan selepas tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga tidak membuat apa-apa keputusan. Mereka mungkin fikir ia perlu dibubarkan, tetapi kita akan kekalkannya sehingga banyak masalah berjaya diselesaikan
Kesimpulannya, jika Majlis Penasihat Kerajaan yang bertugas menasihati Kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan tidak dibubarkan, ini bermakna khidmat mereka masih diperlukan. Kedua, ini juga bermakna Menteri yang bertugas menjaga Hal Ehwal Ekonomi, DS Azmin Ali dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak menepati piawai yang diperlukan sehingga memerlukan penasihat. Kedua-dua Menteri ini wajib meletakkan jawatan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :