Viral di media sosial satu memo seperti di atas. Cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada akaun Twitter Menteri KKMM di @gobindsinghdeo gagal dijawab.
Jelas di dalam memo di atas, Kerajaan PH memansuhkan perkataan 'Merdeka' dan 'Merdeka ke-61' untuk sambutan Hari Kemerdekaan kononya untuk menjaga sensitiviti dan hubungan antara negeri-negeri di Malaysia.
Penyataan ini sememangnya bercanggah dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, tafsiran am yang mewartakan, 'Hari Merdeka ertinya 31 Ogos 1957.'
Perbuatan mencabul Perlembagaan Persekutuan bukan satu konsep 'rule of law' yg digahkan oleh Kerajaan PH. Perlu diingat, Persekutuan Malaysia tidak pernah merdeka. Yang merdeka adalah Persekutuan Tanah Melayu, negeri Sabah dan negeri Sarawak iaitu komponen Persekutuan Malaysia.
Persekutuan Malaysia ditubuhkan di bawah satu perjanjian 'Malaysia Agreement 1963' pada 16 September 1963. Oleh itu, Hari 16 September adalah Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia.