Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengumumkan harga gula akan turun bermula 1 September. Penurunan harga gula ini berikutan langkah kerajaan menurunkan harga siling sebanyak 10 sen sekilogram.
Menteri ini juga menggunakan alasan yang dikaitkan dengan kos sara hidup. Kata beliau, kenaikan harga gula telah meningkatkan harga beberapa barangan. Penurunan ini berkuat kuasa pada 1 September, hari yang sama cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan.
Keputusan ini diumumkan pada hari yang sama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai soda. Tun Dr Mahathir mengulangi alasan demi kesihatan rakyat Malaysia apabila mengumumkan akan mengenakan cukai minuman soda ini.
Agak mengejutkan, Menteri KPDNHEP berkata penurunan ini nanti boleh menyebabkan penurunan harga sesetengah barangan, kerana kesan berangkai. Soalnya, dari manakah Menteri berkenaan mendapat formula penurunan harga gula akan menghasilkan kesan berangkai menurunkan harga barangan makanan?
Kesimpulannya, cukai soda diberikan alasan kesihatan, yang sebenarnya yang lebih terpakai kepada gula yang merupakan bahan menjejaskan kesihatan yang utama dalam minuman soda.
Related Posts :
[Video Kontrak, jawatan kekal kuasa? Ini kata perwakilan] Ada apa di sebalik CUTI BERSAMA Azmin-Hishamudin? Azmin yang kebelakangan ini semakin berani "melawan" Anwar, "mentornya" sendiri? Apa kata rakyat? Hmmmmmm... infomalay12.blogspot.comIsnin, 31 Disember 2018
Naib presiden: Bodoh kalau tak guna sumber kerajaan
"Pandangan bodoh" - kata Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Ra… Read More...
[Video Tun M: Ahli-Ahli UMNO Pergi Musnah Lah!] Hentikan amalan kerajaan lama, DAPSY bidas Naib Presiden PPBM. infomalay12.blogspot.comIsnin, 31 Disember 2018
Hentikan amalan kerajaan lama, DAPSY bidas Naib Presiden PPBM
Pakatan Harapan perlu menghapuskan semua bentuk p… Read More...
GILA INDIA NI:Naib canselor universiti di India gesa pelajar ‘bunuh’ pembuli infomalay12.blogspot.com
NEW DELHI: Seorang pegawai tertinggi di sebuah universiti dikendalikan kerajaan India menggesa pelajarnya tidak mengadu kepadanya, tetapi … Read More...
Timbalan menteri saman Azwanddin Presiden Jaringan Melayu Malaysia RM20 juta. infomalay12.blogspot.comIsnin, 31 Disember 2018
Azwanddin tersungkur...
POLIS Klang Selatan menafikan dakwaan bahawa anggotanya bertindak kasar terhadap Pengerusi… Read More...
[Video Saya Sedar Perwakilan Mahu PM Tua Ini Lebih Lama Tapi...] Anak Azmin padam gambar cuti dengan keluarga Hishammudin Hussein. infomalay12.blogspot.comIsnin, 31 Disember 2018
Anak Azmin padam gambar cuti dengan keluarga Hisham
Anak menteri ekonomi Azmin Ali, Ameer, memadamkan gambar per… Read More...