Tahniah! Syarikat Anak PM Ke 4 Terima Kontrak GLC Milik Kerajaan PM Ke 7 infomalay12.blogspot.com



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada TS Mokhzani Tun Mahathir, anak Perdana Menteri ke 4 kerana syarikat beliau, Opcom Holding Berhad, melalui anak syarikatnya Opcom Cable Sdn Bhd berjaya mendapat kontrak daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Syarikat GLC, Telekom Malaysia Berhad (TMB) milik Kerajaan Tun Dr Mahathir, telah menganugerahkan kontrak 'Rakan Unifi' kepada Opcom Cables Sdn Bhd bernilai RM11.157 juta.

Syarikat Kumpulan Opcom yang beroperasi di Shah Alam ini dahulunya dimiliki oleh adinda TS Mokhzani iaitu DS Mukhriz, sebelum dioindah milik sahamnya ke kekandanya selepas DS Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah. 

Syarikat Opcom Cables Sdn Bhd juga dahulunya kerap mendapat kontrak rundingan terus daripada TMB untuk membekalkan 'fibre optic'.

Kesimpulannya, tiada unsur kronisme di sini disebabkan kontrak diberikan kepada anak PM ke 4 oleh syarikat GLC milik Kerajaan PM ke 7. Noktah.

Subscribe to receive free email updates: