RTC, Satu Lagi Produk DS @NajibRazak Dijenamakan Semula infomalay12.blogspot.com

Makan di kedai Nasi Ayam tadi. Minta Nasi Harapan 2 set, sambal lebih. 

Penjual tanya, "Nasi Harapan apa Bang?" 

Saya jawab, "Oooo Kerajaan belum jenamakan semula ka? Kalau begitu, bagi Nasi Ayam 2, sambal lebih."

Tidak pasti apa yang tidak kena dengan nama Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ataupun Pusat Transformasi Bandar (UTC) sehingga hendak dijenamakan semula. Takkan hendak dijenamakan sebagai MTC pulak atau Pusat Transformasi Mahathir? Nama Pusat Transformasi Bandar/Luar Bandar tidak sedikitpun mempunyai ciri-ciri mana-mana parti politik.

Adakah dengan penjenamaan semula kesemua produk dan idea Kerajaan Barisan Nasional (BN), Rakyat akan lupa asal usul pengasas atau penciptanya? Senang sungguh Kerajaan Pakatan Harapan memerintah. Curi, jenamakan semula dan kekalkan.

Subscribe to receive free email updates: