Sinar, 21 Julai 2018
Alexander ditetak dengan kapak ketika sedang tidur, sebelum anggota badannya ditanam di kebun sayur untuk dijadikan baja. - Foto east2west
MOSCOW - RUSIA. Seorang wanita ditahan kerana membunuh bekas suaminya lalu memotong mayat mangsa menggunakan gergaji rantai dan menanam anggota badan itu di kebun sayur untuk dijadikan baja.
Olga Sterlyadeva, 32, menetak leher Alexander dengan kapak ketika lelaki itu tidur sebelum memotong mayat mangsa menggunakan gergaji besi di rumahnya di Staroe Slyakovo wilayah Tatarstan.
Ibu tiga anak tersebut pada mulanya membiarkan mayat Alexander, 32, yang ditutup dengan tanah di bilik bawah tanah sebelum menanam anggota badan mangsa di kebun sayurnya di belakang rumah.
Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets, pasangan berkenaan sudah berpisah tetapi masih tinggal bersama kerana mangsa tiada wang untuk berpindah, Olga dikatakan membunuh mangsa kerana tidak dapat memaafkan kecurangan lelaki itu sepanjang perkahwinan mereka.
Mangsa dilaporkan hilang selama lebih enam minggu sebelum polis menemui mayatnya yang dipotong dan ditanam di kebun sayur di rumah berkenaan baru-baru ini.
Olga mengaku membunuh bekas suaminya dan memberitahu, dia menanam mayat mangsa di kebun untuk dijadikan baja.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan Olga berdepan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah. - Dailymail
Related Posts :
Tragis! Model Jelita Jatuh Sebelum Naik Catwalk Dan Meninggal infomalay12.blogspot.com
Sabtu 28 Oktober 2017
Model 14 tahun meninggal kerana keletihan. (Foto: The Siberian Times)
SHANGHAI - Seorang… Read More...
3 Anggota RELA Dakwa Dipukul Datuk Seri Berusia 28 Tahun infomalay12.blogspot.com
ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menunjukkan kecederaan yang dialami anggota RELA yang didakwa dipukul… Read More...
[Video JANGAN PERCAYA lagi kpd NAJIB! Sabah Untuk Sabah] "Masa kita ambil dulu (masuk) Umno, dia (Musa Aman) mana ada jet, mana ada harta". infomalay12.blogspot.comSabtu, 28 Oktober 2017
Masyarakat pedalaman Sabah terpaksa menggunakan khidmat 'ambulans kerbau' untuk ke hospital.
Musa Aman… Read More...
[Video Mansuh Tol, Federal (Najib) akhirnya tunduk kepada tekanan rakyat S'gor & Ini kali lah TUKAR] "Kami ditipu, dan ditipu lagi," kata Jeffrey & Bajet 2018 abai Sabah dan Sarawak. infomalay12.blogspot.comSabtu, 28 Oktober 2017
Kenapa Kadar Kemiskinan Sabah Tertinggi Di Malaysia"
YouTube
Bajet 2018 abai Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawa… Read More...
[Video SHAFIE APDAL DISAMBUT OLEH RIBUAN RAKYAT SABAH SELEPAS DIBEBASKAN] Orang Sabah tak kenal Najib kalau saya tidak bantu, kata Shafie. infomalay12.blogspot.comSabtu, 28 Oktober 2017
Orang Sabah tak kenal Najib kalau saya tidak bantu, kata Shafie
Sebagai orang yang ada jasanya pada kerjaya politik… Read More...