Lagi Kenyataan Bodoh Dari Orang Kena Tuduh Opps ... Menteri Kewangan infomalay12.blogspot.com


Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan September ini tidak akan meningkatkan inflasi, itu jaminan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika bertemu Dewan Perdagangan Malaysia China (MCCC). Baca di sini.

Siapa Lim Guan Eng untuk memberi jaminan? Pertama kita lihat inflasi itu apa? Inflasi dalam bahasa mudah faham adalah arga barang naik dan kuasa membeli turun. Apabila Kerajaan perkenalkan cukai baru, peniaga akan memindahkan kos tersebut kepada pembeli.

Peniaga tidak akan menjadi baik hati untuk serap kos tersebut. Jadi apbila kos peniaga tersebut berpindah kepada pengguna sudah pastilah harga barang akan naik dan kuasa membeli akan turun. Itu bukan inflasi ke wahai Menteri Kewangan? 

Kedua, apabila kita bercakap pasal inflasi ini, kenaikkan tarif eletrik hampir pasti akan menyebabkan inflasi meningkat. Komersial akan memindahkan kos kepada pengguna dan mengakibatkan barang naik harga. Ini tidak termasuk keaddan ringgit yang lemah. Kebanyakkan barang makan diimport, maka ringgit lemah akan mengakibatkan kos import menjadi tinggi.

Kesimpulannya, bagaimana Menteri Kewangan hendak mengatasi masalah ini, apatah lagi hendak memberi jaminan bahawa inflasi tidak akan naik?

Subscribe to receive free email updates: