Apabila Menteri Pertahanan yang mahir dalam masak memasak menjaga hal ehwal ketenteraan, inilah jadinya. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh disalah tafsirkan sebagai Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehinggakan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan terpaksa membuat Siaran Media untuk menjelaskannya.
Siaran Media bertarikh hari ini berbunyi,
Pihak kami ingin merujuk kepada kekeliruan yang berlaku dalam laporan media berhubung kenyataan Menteri Pertahanan dalam sesi wawancara bersama media pada 28 Jun 2018 (Khamis) bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikaji semula sama ada untuk dikekalkan atau dimansuhkan.
Pihak kami ingin menjelaskan bahawa, kajian semula yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan adalah merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan bukannya Akta MKN seperti yang dilaporkan.
Program PLKN sedang dikaji semula dan akan diputuskan oleh kabinet dalam tempoh terdekat.