SIJIL DARI SEKOLAH INDIA PULA PERLU DI IKTIRAF
MERDEKAAAAA !
-Pak Karamu-
Maszlee ulangi pengiktirafan UEC tak jejas bahasa Melayu

Dr Maszlee Malik
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan hari ini menegaskan sekali lagi bahawa sebarang keputusan berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC.
“Sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu mengambil kira isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang mungkin akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia.
“Pandangan daripada pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi Kementerian bersama pihak-pihak yang berkenaan tetap menjadi keutamaan saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH).
[ARTIKEL BERKAITAN: Rancangan iktiraf UEC akan diteruskan]
UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. - Bernama