BILA ADA KUASA KENALAH ADA AGENDA ! MERDEKAAAAA !!!! infomalay12.blogspot.com

SETELAH BERKUASA:
MULA-MULA SERANG JAKIM, LEPAS TU SERANG ISTANA AGONG/AGONG, LEPAS TU SERANG PAS, LEPAS TU SERANG TAHFIZ, SEMUA YANG CONDONG ISLAM KENA SERANG.
APA AGENDA, APA MOTIF, ITU TAK PENTING, YANG PENTING ISLAM WAJIB DICEMUH DAN DISERANG, SEBENARNYA INI SEMUA AGENDA LAMA, BILA RASA ADA KEKUATAN DAN ADA PULA GENG YANG SERANG
RUU355 MAKA INILAH KETIKANYA ISLAM PERLU DIPERLEKEH.
INI MOTIF BUKAN MAIN-MAIN, INI SERIUS ! 
RASANYA JIKA INILAH AGENDA YANG TERSEMBUNYI MAKA RAKYAT PERLULAH MENYOKONG, DAN UNTUK KUATKAN NAWAITU AL QURAN PERLULAH DITAFSIR SEMUA ! BARULAH SEMUA UMAT ISLAM BOLEH FAHAM. 
SEKARANG NI QADIYANI JUGA DAH MENJADI BENAR  DAN MEREKA INI SUDAH BERSIH DARI KESESATAN.
JIKA TIADA ARAL MELINTANG ISLAM DAN MELAYU PERLU MENJADI

 LIBERAL !!!
GAY, LESBIAN, SISTER AND BROTHERS  LGBT, SAMA-SAMA BERBUNYI 
MANA HAK KAMI !!!
-Pak Karamu- 

Hujah Zainudin tak relevan: Presiden Mapim

AddThis Sharing Buttons

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR - Hujah bekas menteri, Tan Sri Zainuddin Maidin agar institusi tahfiz ditutup adalah tidak relevan dan berasas.


Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pemikiran Zainuddin sarat dengan prasangka buruk sehingga beliau tidak melihat sedikit pun kebaikan institusi tahfiz.


Katanya, kebanyakan kes negatif di institusi tahfiz seperti didakwa Zainuddin merupakan kes terpencil.


“Daripada lebih 700 institusi tahfiz dengan lebih 70,000 pelajar yang ada di negara ini, kes negatif yang dicatat oleh Zainuddin sangat terpencil. Hujahnya lebih kepada tanggapan yang diselubungi sentimen prejudis kepada institusi tahfiz dan merumuskan pandangan secara simplistik.


“Dengan berhujah bahawa ada ustaz yang mengkomersialkan tahfiz dengan mencatat satu dua kes pelajar diperalatkan, adalah hujah yang lemah untuk menjadi sebab menutup institusi tahfiz,” katanya dalam kenyataan hari ini.






Semalam, Zainuddin mempertahankan cadangannya yang menuntut semua sekolah tahfiz di negara ini ditutup.


Beliau mendakwa, penyelewengan berlaku di sekolah-sekolah tahfiz susulan beberapa kes yang disebutkan.


Menurut Mohd Azmi, dakwaan Zainuddin bahawa ibu bapa mahu menghapuskan dosa mereka dengan menghantar anak ke institusi tahfiz sangat melampau.


“Dakwaan ini tidak benar untuk menjadi alasan pukal. Apa yang perlu ialah penyeliaan yang rapi.


“Kami hairan kenapa Zainuddin membandingkan sejauh itu dan tidak menghormati niat baik para ibu bapa yang inginkan anak mereka menghafal Quran. Buruk sangka beliau terhadap kemuliaan para hufaz sangat mendalam,” katanya.



Katanya, masih banyak yang perlu dilakukan kepada institusi tahfiz persendirian dari sudut peraturan dan syarat operasinya, namun tidak perlu menutup semua institusi tersebut.


“Tidak dinafikan ada kelemahan dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta penyeliaan sekolah tahfiz. Namun, ia turut berlaku di sekolah lain termasuk sekolah kerajaan.


“Ribuan kes penderaan, salah laku dan kecuaian berlaku di sekolah kebangsaan juga,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :