[ANALISA POLITIK] Jika PAS-BN bergabung PRU14, PH tak merasa jadi Kerajaan infomalay12.blogspot.com

GABUNGAN PH TERHUTANG BUDI PADA PAS, JIKA PAS DAN BN BERGABUNG PH TEWAS PADA PRU-14 YANG LALU.
SHAH ALAM - Di sebalik sindiran PH terhadap Pas, gabungan itu sebenarnya terhutang budi dengan Pas.
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff mendakwa ini kerana jika Pas-BN serius mahu bergabung maka PH tidak akan menang dalam PRU14 lalu.
Jelasnya, dakwaan ini  berdasarkan kemenangan PH di 113 kerusi Parlimen akan bertukar menjadi hanya kemenangan di 84 kerusi Parlimen sahaja jika BN-Pas bergabung.
"Sementara kemenangan BN di 79 kerusi Parlimen pula akan bertukar menjadi kemenangan gabungan BN-Pas di 126 kerusi Parlimen jika Pas-BN betul-betul bergabung dan bertanding satu lawan satu dalam PRU14 lalu," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.
Menurut Pensyarah Universiti Utara Malaysia itu, perubahan ini berlaku melalui kekalahan PH dan kemenangan gabungan BN-Pas di 29 kerusi Parlimen.
"Iaitu di Kangar, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai, Kulim-Bandar Baharu, Parit Buntar, Tambun, Lumut, Tanjong Malim, Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh, Bentong, Sungai Besar, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kapar, Kuala Langat, Titiwangsa, Kuala Pilah, Tampin, Tangga Batu dan Sri Gading," jelasnya.
Katanya, perubahan ini juga berlaku melalui kemasukan 18 kerusi Parlimen dimenangi Pas ke dalam gabungan BN-Pas membabitkan kerusi-kerusi Pendang, Jerai, Sik, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Justeru tegasnya, PH patut bersyukur dan berterima kasih kepada Pas kerana tidak bergabung dengan BN dalam PRU14 lalu kerana jika tidak maka pastilah PH masih kekal sebagai pembangkang.
Sumber: Sinar Online..

Subscribe to receive free email updates: