Memetik laporan FMT, baca di sini,
Pada masa sama, beliau mahu guru di sekolah rendah mengubah stigma mereka yang tidak berasa bangga mengajar di sekolah rendah berbanding mengajar di sekolah menengah.
“Di Finland, negara yang mempunyai kualiti pendidikan nombor satu di dunia, cikgu terbaik mereka dihantar ke sekolah rendah bagi pembentukan peribadi dan kemahiran bahasa di peringkat awal.
“Kita hari ini cikgu tidak mahu mengajar di sekolah rendah, semua nak pergi ke sekolah menengah terutamanya cikgu yang mempunyai ijazah,” katanya.
Menteri Pendidikan aka pembodek Perdana Menteri sebagai Yoda, pahlawan Jedi seharusnya berhati-hati nengeluarkan kenyataan beliau sebagai seorang Menteri dengan menghina guru sekolah rendah.
Adakah Dr Maszlee Malik baru keluar dari gua, sehingga tidak mengetahui bahawa di zaman Kerajaan BN, taraf guru sekolah rendah telah dinaikkan taraf lulusan siswazah yang lahir dari Institut Pendidikan Guru?
Jangan kata yang ada Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Faksafah juga sudah banyak mengajar di sekolah rendah. Buat kajian dulu sebelum membuat kenyataan media. Malu nampak Menteri bertaraf Phd, kenyataan seperti macai Tomato. Baca komen cikgu-cikgu di bawah: