DEHRADUN - INDIA. Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh di utara India hari ini, apabila bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung.
Polis berkata kejadian berlaku di daerah Paudi Garhwal di Uttarakhand.
Tiga mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Lapor media tempatan, bas malang itu dalam perjalanan menuju Ramnagar dari Bhoan.
"Punca kemalangan masih belum diketahui. Apa pun, angka kematian mungkin meningkat kerana mangsa yang terselamat parah," kata penguasa polis Garhwal, Dilip Jawalkar. - NDTV