Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat infomalay12.blogspot.com



Rafizi Ramli Dulu-Dulu:
Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, pengumuman itu hanya menguntungkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kos yang ditanggung IPP dipindahkan kepada Tenaga Nasional Berhad,  sebelum disalur terus kepada pengguna.
“TNB sebenarnya masih mencapai keuntungan yang sama, manakala IPP langsung tak terkesan kerana ia dilindungi oleh mekanisme harga bahan api sedia ada.
“Sepatutnya Barisan Nasional mengubah mekanisme ini agar IPP juga menanggung kesan kenaikan harga bahan api. Sebaliknya rakyat pula dihukum kerana semakan setiap 6 bulan menunjukkan bahawa akan wujud peningkatan kerana mengikut kos bahan api semasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini.
Katanya, penjelasan kerajaan bahawa 4.4 juta isi rumah  rakyat di negara ini tidak menerima kesan dari peningkatan itu juga tidak dapat diterima.
Ini kerana beban isi rumah akan terus meningkat berikutan kenaikan harga barang ekoran kenaikan tarif elektrik tersebut.
“Ini hanyalah dandanan kosmetik Barisan Nasional untuk menenangkan kritikan yang semakin memuncak terhadap sektor penjanaan tenaga.
“Hakikatnya, ia satu rompakan yang mengambil lebih banyak wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat korporat bagi menggantikan subsidi gas,” tegas Rafizi.
Beliau dalam masa yang sama membandingkan kos tenaga bagi penggunaan domestik di Thailand pada kadar 18.4 sen kilowatt/jam seunit berbanding 21.8 sen kilowatt/jam di Malaysia, sedangkan rakyat di Thailand tidak menerima subsidi elektrik.
Tarif baru yang diperkenal akan menjadi pampasan kepada TNB untuk menggantikan potongan subsidi gas akibat kenaikan harga gas asli dari RM 10.70 kepada RM13.70 setiap mmbtu.
“Sektor penjanaan elektrik dinegara ini dihantui oleh warisan perjanjian yang berat sebelah kerana TNB dipaksa untuk membeli elektrik pada kadar yang lebih tinggi dari kos dalamannya sendiri.
“Untuk mengimbangi harga elektrik yang tinggi, maka TNB dan IPP diberikan subsidi gas yang tinggi setiap tahun dan ditanggung Petronas.
Berikutan itu, katanya, negara bakal menyaksikan peningkatan harga barangan dan kadar inflasi kedua tertinggi dalam separuh dekad berikutan pengumuman kenaikan tarif tersebut.
Ia katanya, diakibatkan kesan berganda dari gabungan kenaikan harga petrol, dan dalam masa yang sama pendapatan boleh belanja rakyat semakin mengecil.

Subscribe to receive free email updates: