Sudahlah Pengecut Debat dari Tempurung Bagan Datoh, hujah pula berterabur infomalay12.blogspot.com


Selesai sudah sesi Debat Presiden UMNO antara Tengku Razaleigh, Khairy Jamaluddin dan Zahid Hamidi. Tapi apa yang menjadi kehairanan Peraktoday adalah mengapa Zahid Hamidi lagaknya seperti pemimpin bacul. Mengapa tidak bertembung 6 mata dan berdebat dengan sihat.
Adakah pemimpin macam ini yang anggota UMNO julangkan. Sedangkan untuk bertarung sesama ahli pun sudah kecut teloq untuk berdepan apatah lagi untuk membawa perjuangan parti yang bakal terkubur itu. Atau adakah Zahid memang ada niat untuk menguburkan UMNO?
Jika dilihat semula, Zahid adalah orang terakhir yang bersetuju untuk turut serta dalam Debat itu. Dan itu pun bersyarat dimana beliau akan Live dari Bagan Datoh.
Macam jauh sangat je kan Bagan Datoh tu dengan Kuala Lumpur. Kalau dah sejenis pemimpin bacul tu, bagi alasan pun serupa pengecut lah.Malu la wei. Peraktoday sendiri tak sangka UMNO ada pemimpin pengecut seperti Zahid.
Apa yang Peraktoday lihat, antara ketiga-tiga pemimpin UMNO ini, Zahid masih lagi dengan sikap angkuhnya. Hujahan yang diberikan seolah-olah UMNO masih lagi mentadbir kerajaan.
Kekalahan PRU14 nampaknya tidak sedikitpun menyedarkan Zahid sebaliknya dia semakin bongkak dengan statement-statement tidak masuk akal.
Nampak sangat Zahid ni seorang pemimpin yang cakap besar, tidak muhasabah diri dan menggunakan wang untuk mendapat kekuasaan.
Orang UMNO patut sedar, parti itu sudah menunggu masa untuk dikuburkan dan pemimpin seperti Zahid sepatutnya dibuang ke lombong. Bukannya dijulang.
Peraktoday yakin, sekiranya anggota UMNO memilih Zahid sebagai Presiden maka tidak mustahil parti itu akan lenyap tidak lama lagi.
Disini kami kongsikan sedikit antara hujahan bakal Presiden UMNO
Ku Li – Bangkit semangat perjuangan, tugas penuh tanggungjawab, UMNO kekal relevan dan orang-orang muda menantikan apa yang akan dilakukan oleh UMNO. Kredibiliti dan integriti perlu dibaiki.Perlu dijaga dan diteliti untuk UMNO kekal relevan.
KJ – Satu pilihan yang sangat penting untuk parti dan negara. Kembalikan kepercayaan rakyat. Buat satu perubahan besar untuk kita mampu melakukan transformasi yang lebih besar. Tidak perlu kejar pangkat, kuasa. Kembalikan kekuatan UMNO. UMNO yang segar dan wibawa.
Zahid – Saya yakin dengan kesinambungan dan tidak bermakna kita tidak mampu melakukan perubahan. Kita perlu sama-sama memberikan nafas baru kepada UMNO. Kita perlu merakyatkan UMNO. Saya berjanji untuk melaksanakan manifesto untuk masa depan cemerlang.
KJ – Tenaga golongan muda perlu dijana dan memperkasakan idea-idea baru untuk memartabatkan UMNO. Salah saya kerana melindungi pucuk pimpinan parti. Saya gagal sebagai pemimpin dalam menyampaikan kepada pemimpin pada waktu itu. UMNO tidak berdosa. Kita perlu berubah agar tidak berlaku lagi seperti PRU14. UMNO masih disegani oleh orang Melayu.
Zahid – Lihat realiti. Prestasi kita masih baik. Kita perlu mengakui ia adalah tanggungjawab bersama. Kita jangan terus menuding jari, sampai bila pun tidak akan selesai. Kita harus merakyatkan UMNO. Kita harus cari siapa yang likeable, bukannya cari cable.
Kuli – Bukan semuanya yang rosak. Ada yang sombong, bersifat lagak, elitis dan menyebabkan kemarahan rakyat. Bila sudah dipilih menunjuk-nunjuk kemewahan. Kita harus jadi sebahagian daripada mereka dan sebaliknya memisahkan diri kita daripada mereka. The sense of arrogance itulah yang telah merosakkan parti kita.
KJ – Ini adalah realiti yang rakyat telah menolak kita.
Kuli – Kita perlu hapuskan politik wang. Inilah yang telah mengdoktrinasikan kita. Ia adalah kanser yang membarah dalam parti. Tiada duit mereka tidak mahu bekerja untuk parti. Semangat sukarelawan sudah tiada

- Peraktoday 

Subscribe to receive free email updates: