PETALING JAYA: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengumumkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 3 tahun ini ditangguhkan sehingga diberitahu kelak kerana pengambilan peserta sudah melebihi sasaran ditetapkan.
“Penangguhan ini dilakukan kerana buat masa sekarang, jumlah pengambilan pelatih PLKN bagi 2018 telah melebihi sasaran pengambilan seperti ditetapkan, aitu 20,022 orang.
“Sehubungan itu, semua bakal pelatih Kumpulan 3 Siri 15/2018 yang telah menerima notis pemberitahuan pelatih pada tarikh ditetapkan sebelum ini tidak perlu menghadirkan diri ke PLKN,” kata JLKN dalam kenyataan hari ini.
PLKN yang dilaksanakan sejak 2003 pada mulanya diwajibkan untuk remaja berusia 18 tahun dalam kelompok yang dipilih secara rawak.
Ia kemudiannya diubah suai menjadi program sukarelawan pada 2017 di bawah PLKN 2.0.
Semalam, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dilaporkan berkata, PLKN bukan program gagal, sebaliknya ia perlu diteruskan dengan bajet rendah dan lebih efektif.

loading...